Saturday, October 17, 2009

Minggu Sulit

Salam kepada semua pelawat blog serama utara..terlebih dahulu SU ingin memohon ampun dan maaf kerana menyepi buat seketika. ini kerana banyak urusan dan masalah serta perkara yang menyedihkan berlaku pada akhir2 ini..sebagaimana yang semua sedia maklum, SU akan menamatkan pengajian diploma hanya beberapa minggu saja lagi..so, banyaklah assignment dan presentation yang perlu didahulukan..rasa terkilan juga sebab x dapat buat review untuk bond besar tempon hari..sejak2 hari ini SU agak kurang sihat, mungkin disebabkan bebrapa faktor yang melanda SU..ayam pon x sempat kisah..tapi apa yang menyedihkan, jumaat yang lalu SU telah kehilangan seorang sahabat baik yang banyak menolong SU selama bergelar mahasiswa..beliau telah meninggalkan SU dan kita semua kerana mengalami ketumbuhan di kepalanya..ALFATIHAH untuk FANDY B. AHMAD..

gambar di atas merupakan ayam muda SU dimana sekarang ini telah direhatkan kerana meluruh..dalam masa REST muda ni, SU telah letakkan bebrapa induk terpilih baginya agar dapat pelapis untuk reban SU..tapi rasanya SU akan turunkannya ke bond kedah nanti bagi memeriahkan bond di setikar utara..kalah menang adat pertandingan..yang penting semangat serama tetap teguh berdiri..

Sunday, October 4, 2009

Produk Utara


Salam Isnin kepada semua..rasanya semua peminat-peminat ayam serama di seluruh tanah air dah x sabar menunggu game pada 10.10 nanti..hanya tinggal 1 minggu ja..SU dan rakan2 bercadang akan ke game kuala terengganu kerana ini 1st time SU akan merasai game di Terengganu sebelum mengharungi onak duri FINAL EXAM..SU boleh gelarkan rombongan GENG MUDA MUDI kerana perjalanan ke kuala terengganu nanti akan disertai oleh peminat serama UNDER AGE..bagi team muda mudi, gambar di atas merupakan "peluru" yang akan diuji prestasinya kerana ianyanya juga 1st time masuk ke arena pertandingan..tetapi, ini bukanlah ayam SU..ini barang kawan baik SU sendiri..berita sedih juga ingin SU sampaikan..anak husin+limbat+uban yang baru menetas di reban SU mati pulak 2 ekor pagi tadi..mungkin cuaca yang x menentu dan genetik yang kurang kuat kerana ibu dan bapaknya masih muda..kalau x, bolehlah kita saksikan keturunan si labu dengan induk terpilih dari Dungun..apa pon, inilah adat main serama, setiap yang hidup, akan pergi juga..Kuala Terengganu, nantikan rombongan MUDA MUDI..