Tuesday, June 30, 2009

Tok Uban Gergasi Kerdil (aiman)


Amacam dengan ayam ini? Adakah anda pernah melihat ayam ini di Web Laman Serama? ayam dari baka Tok uban ni saya perolehi dari seorang kawan dan juga pembaka tersohor di Paka, Terengganu. Semasa kunjungan ke rumah beliau, saya sudah tertarik dengan ayam ni..kalu letak atas meja ja, apa lagi mula la dengan perangainya yang suka berkepak. Tapi, ayam ni sudah lama sakit dan sekarang berada di kelantan untuk diubati. Saya ingat lepas ayam ni berehat panjang dan sihat, boleh la dimasukkan dengan induk terpilih.

Gambar Terbaru AnjariaKu (aiman)



Ini merupakan gambar terbaru anjaria saya. Gambar ini telah diambil sewaktu lawatan geng pengadil PERKASA ke rumah saya tempoh hari. Sambil berborak panjang, saya pun keluarkan anjaria ini untuk tontonan umum..macam ni lah gayanya, sayap kedepan, dada lonjak dan getaran asmara di tengkuknya yang membuatkan saya bertambah sayang padanya..

Masih Darah Yang Sama


Ayam ini masih lagi darah yang sama iaitu anjaria. Ayam ini bukan hak milik kekal abadi saya tetapi ia merupakan ayam kesayangan salah seorang pemain bola sepak handalan kedah yang berama Rozaidi @ Edy. Hasil daripada kunjungan ke rumah pemain bola sepak kedah ini, beliau mengatakan bahawa ia juga dari darah yang sama dengan ayam-ayam yang diplihara oleh saya. Semasa kunjungan, saya cukup terpesona dengan ayam ni, cukup jahat adan lincah di atas meja, katanya lagi, ayam ini juga pernah mendapat saguhati semasa meyertai pertandingan di Alor Setar.

Adik Kepada Remaja (aiman)

Ayam ini masih lagi dalam keturunan yang sama iaitu Anjaria. Tetapi cutting ayam ini dah lari sikit. Ayam ini lebih kepada aksesori. Warna kuning emas diraja yang dimiliki memang cukup menarik. Gambar ini saya snap pada pukul 1 pagi. Kalau bosan-bosan tengah malam, saya akan melatih ayam di atas meja maklumlah pada waktu siang sibuk dengan tidur..hehe..ayam ini pon saya beli dari Sahasdi semasa anak A, ayam ini pernah dapat 2 kali johan di Kota Bharu dalam kategori anak a..kalau nak dibandingkan dengan ayam remaja di bawah, ayam ini kurang berdada tetapi ianya mempunyai kelebihan iaitu apabila ia bergaya, ada getaran asmara di tengkuknya..tu yang sayang lebih tu..sekarang ayam ini telah dimasukkan dengan induk untuk dibiakkan.

Keluarga Anjaria (aiman)


Ini merupakan ayam pertama saya ketika mula-mula berjinak dengan baka anjaria. Seperti yang sedia maklum, baka anjaria asalnya bukan dari kacukan saya, tetapi ia merupakan hasil kacukan dan penyelidikan oleh seorang pembaka tersohor iaitu Sahasdi Yusoff @ Di Tok Gawa yang menetap di Kelantan. Beliau juga merupakan pengerusi kelab pengadil kelantan (PERKASA).
Kali pertama berjumpa dengan beliau, inilah hasilnya yang saya perolehi. Maaf atas gambar yang kurang jelas dan menarik.