Monday, August 31, 2009

ANAK PUTIH



Si cilik ini sebenarnya berada di jajahan kota bharu, kelantan..sebenarnya dah lama saya mahu upload gambar si cilik ini tapi masa mencemburui..tuan kepada ayam ini bernama Mahathir dan beliau merupakan Pengadil kelab Perkasa..sewaktu singgah dari perlajalan pulang dari terengganu, saya singgah di kota bharu untuk berjumpa dengan En.Mahathir ini..saya disajikan dengan produk2 terbaru di rebanya..memang cantik anak2 dari reban beliau..dengar kata, ayam ini dah banyak kali dirisik oleh peminat ayam dari utara..tapi x tahu siapa..sebenarnya, bukan ayam ni selor ja yamg cantik di reban beliau, banyak lagi yang cantik2..kalau kawan2 nak berjalan ke pantai timur, saya syorkan singgah di reban beliau..ni no untuk hubungi tuan kepada si cilik ini..0179772727 (Mahathir Perkasa)

Wednesday, August 26, 2009

REVOLUSI SERAMA

Dewasa ini kita dapat lihat revolusi serama kian berkembang, ini adalah petanda baik bagi peminat ayam serama di seluruh tanah air. Apa yang dapat dilihat banyak penganjuran dari  pelbagai pihak terutamanya badan NGO..alhamdulillah, kita dapat semula kegemilangan serama yang sudah hilang sejak 10 tahun dahulu. Tetapi apa yang merisaukan, adakah arena serama ini akan kembali mundur seperti jejak2 terdahulu?? Persoalan yang bermain di fikiran, bagaimanakah caranya untuk memastikan arena ini terus berkembang seiring peredaran masa? Jawapanya mudah sahaja, pengadilan yang telus dan adil merupakan aspek dan faktor yang penting sebagai peranan utama serama. Cuba fikirkan, jika pengadil tidak adil menjalankan kerjanya, sudah pasti banyak pihak yang merungut dan mempertikaikanya. Lantaran itu peminat2 serama yang baru berkecimpung seperti kita akan putus harapan dalam arena serama ini. Selain itu juga, penternak2 serama yang ingin menjual produk mereka haruslah jujur dalam urusan jual beli..Bukankah Islam mengajar kita apa itu erti perniagaan?? Jika penipuan berlaku dalam urusan jual beli, dan duit hasil daripada jual beli itu digunapakai bagai menyara keluarga, Adakah itu sesuatu yang dituntut oleh islam?? Apa akan jadi kepada kita jika memakan duit yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T?? sebagai contoh, jika peminat serama yang baru seperti saya ingin membeli serama di rumah seorang penternak, dan penternak itu mengatakan bahawa produk ini hasil dari bapak ini dan ibu ini, walhal ianya bukan seperti itu, tidak kah kasihan kepada diri saya?? cuba fikirkan inilah yang berlaku dalam dunia serama, adakah anda mahu arena ini malap semula seperti dahulu?? faktor2 inilah yang menyebabkan serama mundur dan peminat terus meninggalkan dunia serama buat selama lamanya..

coretan buat Ramadhan yang mulia ini.....

Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan


Salam ramadhan saya ucapkan kepada semua umat islam terutamanya bagi peminat-peminat ayam serama di seluruh tanah air..Didalam bulan ramadhan yang mulia ini, kerja-kerja penambahan info dalam blog serama utara akan sedikit terganggu kerana saya agak kesibukan apatah lagi banyak urusan dan assignment yang perlu diselesaikan untuk semester akhir ini..jadi amat jelaslah bahawa saya tidak dapat berjalan ke rumah rakan-rakan serama di utara bagi memeriahkan blog saya ini..tetapi jangan risau, apabila ada kelapangan dalam masa terdekat ini, saya akan terus membongkar produk2 serama di utara ini..jadi jika pesanan sms anda tidak dibalas pada waktu ini, jangan marah ya..hehe..salam ramadhan semua, moga dibulan yang mulia dan barakah ini kita sama2 mendapat hidayah darinya..yang buruk datang dari kita, yang baik itu datang dari Allah S.W.T

Monday, August 17, 2009

Sesi Latihan Keris Patih


Gambar di atas di ambil semasa remaja ini sedang mengeringkan bulunya setelah dimandikan.Video ini pula dirakam secara sepontan semasa sesi latihan apabila ada kelapangan..kadang kala ayam ini menunjukkan gaya yang baik tarik dan gebas sepanjang masa, kadang kala ianya seperti dalam video ini sahaja..macam2 dengan perangai ayam ini, jadi sesi latihan adalah penting bagi membiasakan ayam di arena pertandingan kelak..maaf atas gambar yang kurang jelas kerana cuaca panas dan camera yang tidak clear..

Friday, August 14, 2009

Remaja Cikgu Amran Jitra

Lihat saja pada balung ayam ini sudah menampakkan bahawa ayam ini memang cantik..dengan memiliki aksesori yang sempurna ditambah dengan gaya yang memukau membuatkan ia amat menarik..dari apa yang dilihat, ayam ini mempunyai gaya yang cukup mantap di atas meja, lonjakan dadanya akan membuatkan sesiapa saja akan terpukau melihat gelagat serama ini..kalau nak tahu siapa itu cikgu amran Jitra, orang dibelakang gambar itu lah beliau..sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi cikgu amran jitra 0174311176

Wednesday, August 12, 2009

Perjalanan Ke Pantai Timur






Perjalanan ke pantai timur bersama 4 orang rakan pada hujung minggu yang lalu memang menyeronokkan..perjalanan selama 10 jam tidak terasa apabila tiba di destinasi yang dituju..alangkah gembiranya apabila berjumpa dengan sahabat di pantai timur, banyak perkara telah dibualkan terutamanya tentang dunia serama..Su dan rakan2 teruja melihat koleksi2 rakan2 serama dengan produk mereka yang sungguh power2..kawan2 SU pon ada juga membeli buah tangan dari pantai timur kerana sekian lama berpasang niat untuk membawa balik produk dari sana..apa yang boleh dipelajari, kesabaran dalam arena serama sangatlah penting dan inilah merupakan kunci utama kejayaan rakan2 di pantai timur dalam mengeluarkan produk2 yang bermutu..

Monday, August 10, 2009

Remaja Om Penang


Salam semua, terelebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana mendiamkan diri buat seketika atas sebab banyak urusan yang perlu dikendalikan..hari jumaat yang lalu, saya telah berkunjung ke rumah Om penang kerana sudah lama tidak bertemu mesra dengan beliau..sy telah dihidangkan dengan beberapa ekor ayam beliau yang bagi saya boleh memecah kebuntuan di arena pertandingan kelak..remaja All Black dari kepala hingga ke kaki ini menampakkan ciri2 yang cukup baik di atas meja..mungkin sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Om Penang..0125518070..

Sunday, August 2, 2009

Tok Bedak (wan K)


Amacam dengan anak A ni?? Ada berminat dengan Tok Bedak ni?? anak ketegori A ini telah menunjukkan ciri juara satu masa nanti dalam arena pertandingan aym serama..kalau anda semua nak tahu, TOK BEDAK ini telah dibeli oleh saudara Wan K dari sahabat baik SU dan Wan K iaitu Amir Zayyani..anak generasi pertama ini merupakan hasil gabungan Accapan yang bertengkuk S dan ibu yang terpilih dari Dungun..untuk pengetahuan semua lagi, anak A ini tidak akan dijual kepada sesiapa kerana inilah harapan ayam serama di utara...saya akan update video gambar anak a ini dalam masa yang terdekat jika ada kelapangan kerana ayam ini mempunyai ciri2 tarik kebas bertubi-tubi di atas meja.

Saturday, August 1, 2009

Muda Sufian Pendang (0134451076)

Pak Abu dan anaknya Sufian sudah tidak asing lagi bagi peminat ayam serama sekitar utara tanah air, kedua-duanya berkongsi minat yang sama..semasa kunjungan saya ke rumah sufian dan pak abu tempoh hari, saya kelam mata dibuatnya apabila disajikan dengan puluhan ekor serama yang berkualiti di reban mereka..memang sungguh terpesona melihat gelagat dan kelibat serama di reban mereka..apa yang dapat dipertontonkan kepada semua ialah ayam2 yang telah saya pilih untuk tatapan..serama muda ini cukup cantik dan bergaya di atas meja..aksesori yang TIP TOP memang menunjukkan bahawa ayam ini mempunyai peluang yang cerah di pertandingan..untuk pengetahuan semua, serama muda ini masih belum dibawa menyertai pertandingan kerana baru siap sepenuhnya..ayam ini mempunya gegar di lehernya pabila bergaya..jika berminat, hubingilah en.sufian..






ini pula gambar anak yang terdapat di rumah saudara sufian yang sempat saya ambil..rasanya harga boleh dirunding jika anda berminat dengan baka pak abu dan sufian..banyak induk dara yang bergetar..






Sistem reban yang menggunakan eletrik bagi menyalurkan cahaya kepada ayam apabila pada waktu malam dan cuaca yang sejuk..reban pak abu dan saudara sufian memang KELAS dan mempunyai kualiti yang baik bagi memlihara serama mereka..contoh sedemikian bolehlah digunapakai bagi anda yang ingin membela serama..

Best of the Best Sufian Pendang (0134451076)

Best Of the Best ini juga merupakan ayam kesayangan saudara Sufian apabila ianya telah merangkul gelaran Best of the best semasa menyertai pertandingan ayam serama anjuran Laman Serama di Seberang jaya Pulau Pinang pada bulan 6 yang lalu..gaya ayam ini semasa berentap untuk gelaran BOTB telah memukau semua peminat ayam serama kerana apabila ianya bergaya, ia akan melompat seolah-olah ianya menari di atas meja..pada kunjungan ke rumah saudara Sufian tempoh hari, ayam ini kurang sihat dan baru sahaja sembuh..walaupaun begitu, ianya masih lagi bergaya di lansar kamera saya apabila bergambar..

Remaja Sufian Pendang (0134451076)


Remaja yang baru belajar untuk begaya di atas meja ini mempunyai ciri2 juara 1 hari nanti..aksesori yang cantik dan bulu yang kemas menampakkan bahawa ayam ini mempunyai masa depan yang cerah dalam arena pertandingan..ayam remaja ini masih dalam latihan dan belum pernah menyertai pertandingan..jika berminat, silalah hubungi saudara Sufian..