Thursday, December 23, 2010

Dara Kuning Mas


Ramai dah minta dara ni, tapi SU x mahu jual atas sebab nak sambung baka..kemudian hari boleh la kalau sapa berhajat nak main baka ni..

Remaja Dah! No 6 Remaja Tmn Orkid



Sapa kata balung Lanun besar?? eksperimen SU berhasil dengan jayanya mengeluarkan Lanun balung halus..gaya pon boleh tahan juga ayam ni..ni Anak Bourgenvilla yg diberi nama Si Tenggang.

Remaja ini x pulang dengan tangan kosong apabila mendapat No.6 kategori serama remaja di Tmn Orkid dari 78 penyertaan dan turut mendapat cabutan bertuah..alhamdulillah

Sunday, December 12, 2010

Anak BOTB




Gambar bawah sekali ialah BOTB Tasik Titiwangsa dan 2 gambar di atasnya merupakan anak kepada BOTB tersebut dan kini berada di reban SU sebagai pembaka.

NISE HANGUS (RECENT)


Anda tafsir dan nilai sendiri pembaka SU ini..kuat mengebas dan kadangkala tarik hingga paruh letak di dada..ramai orang melamar anaknya yang belunjur, tapi sy x berhajat nak jual, harap maaf..

Monday, December 6, 2010

Cun


Cucu dan cicit ayam ni telah membiak dengan jayanya di reban SU

Wednesday, December 1, 2010

Flyers Game di Sik


P/S: Organizer Sik Group memohon agar semua peminat ayam serama untuk datang awal kerana pertandingan akan dijalankan pada awal pagi pukul 10.00 kerana cuaca yang tidak menentu di sebelah petang..harap maklum..kerjasama anda amatlah dihargai..

Tuesday, November 30, 2010

Sold (Indonesia)


Gaya terakhir sebelum berlepas ke Indonesia bersama tuan barunya..

Tuesday, November 23, 2010

Anak Bourgenvilla Video A.K.A (Si Tenggang)












Gambar terbaru Anak Bourgenvilla yang SU uploadkan video dulu..kini alam Anak B nak ke Remaja..ingat nak bawa p tanding 27 ni, tapi SU tengah berkabung..Abang Lan Proton, harap bersabar ya, kalau jodoh x kemana..hehe

Monday, November 22, 2010

Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Di Sik Kedah

Persatuan Ayam Serama Sik, Kedah akan mengadakan 1 Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Malaysia. Segala butiran pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh - 11.12.2010 (SABTU)
Tempat - Dewan Sik, Sebelah Padang Awam, Sik, Kedah
Pengadil - Perkasa

Yuran - RM30.00
Masa - 9.00 Pagi - 2.00 Petang

Hadiah setiap kategori:
Johan RM120
Naib Johan RM80
Ketiga RM60
Saguhati 30% daripada penyertaan berupa wang tunai RM30.00

Cabutan Bonanza:
RM500 (1 Orang)
RM100 (3 Orang)
Rm50 (7 Orang)
double Bourner Gas untuk 8 orang

BOTB = merebut Piala Sik Group + RM60
Jika ayam melebihi 150 ekor, cabutan duit akan ditambah.

Sila Hubungi:
Firdaus - 0195733588
Cikgu Am - 0194056093
Khairi - 0124778204

Sunday, November 21, 2010

Salam Takziah 2

Salam semua..rakan serama SU iaitu saudara Din Simpang 4 (Din Senggora) telah pun kembali ke rahmatullah pada kelmarin bersamaan 21.11.2010 pada jam 6.25 Petang di Hospital Machang..Doktor mengesahkan bahawa beliau menghidap serangan sakit jantung..Jenazah beliau telah selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi tadi..Al-Fatihah..

Friday, November 19, 2010

Beraya Bersama Arifin (Indonesia)


Produk keluaran SU telah terbang ke Indonesia pada hari raya 1 aidiladha..

Wednesday, November 17, 2010

Salam Takziah

Salam Takziah buat keluarga Abang Mat Dungun..SU dikhabarkan bahawa sahabat kita iaitu ayah kepada saudara Abang mat (Allahyarham Ayah Wan Motel) telah pun kembali ke rahmatullah pada pagi tadi..SU sempat bertanya khabar pada anak beliau iaitu abang mat pagi tadi, beliau berharap agar semua rakan-rakan serama mahupun yang dekat dan jauh bagi menghebahkan tentang berita ini kepada seluruh rakan taulan..Alfatihah..moga roh beliau tergolong di kalangan orang2 terpilih..Amin.

Sunday, November 14, 2010

Bapak Uban (Anggerik Hitam)



Gaya masih kekal walaupun diletakkan bersama dengan induk..warna ara + bulu kilat hijau dan lawi memang panjang..

Saturday, November 13, 2010

Anak Bourgenvilla Batch 1



Anak Bourgenvilla Batch 1..sy bancuh dengan induk ???..saja simpan yang ni nak sambung baka..semalam 2 ekor induk kandang dah tukar geran..induk belunjur pon ada orang beli juga..heran2..

Wednesday, November 10, 2010

Pertandingan Ayam Serama Di Kompleks Muhibbah

Persatuan Ayam Serama Kuala Lumpur & Selangor akan mengadakan 1 Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Malaysia. Segala butiran pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh - 27.11.2010 (SABTU)
Tempat - Kompleks Muhibbah (Ampang)
Pengadil - Kelantan, Terengganu, Kedah, Kuala Lumpur

Yuran - RM40.00
Masa - 9.00 Pagi - 2.00 Petang

Hadiah setiap kategori:
Johan RM300
Naib Johan RM200
Ketiga RM100
Keempat RM50
Saguhati 30% daripada penyertaan berupa wang tunai RM35.00

Cabutan Bertuah 5DVD, 5 Handphone CSL, & 10 Hamper.
Cabutan Bonanza RM1000 (1 orang)
RM500 (2 Orang)
RM100 (5 Orang)
Rm50 (10 Orang)

BOTB = merebut Piala AD SERAMA FARM + RM100
Hadiah Daftar ayam terbanyak = RM100

Sila hubungi:
Pak CU = 0129732785
Adham = 0123434979
Cikgu Din = 0133158770
Sayuti = 0136070910
Soib = 0192859869
Jasni = 0134887616

Anak Bourgenvilla 2


Bagi SU memang cukup cantik..Anak Bourgenvilla batch kali ni keluar 3 jantan..1 dah tukar tangan, tinggal 2 termasuk yang ni..lagi 1 pun cantik, cutting lain sikit, tapi belum galak..

Tuesday, November 9, 2010

Cucu Keris Patih


Anak Bapak belunjur, dulu bapak dia SU nak trade (tukar) dengan orang, tapi orang xmau sebab belunjur dan huduh, tapi xpa bila cross balik, anak keluar macam ni lah..adik tina dia dalam simpanan SU..ayam ni gerenti betelur sebab badan panjang..jangan pandang ayam belunjur tu terlalu lekeh @ teruk sangat..hidup ayam belunjur

Monday, November 8, 2010

Kuning Emas


Inilah pembaka SU yang diberi nama sebagai "Kuning Emas", ia merupakan bapak kepada Hero dan Puteri Emas..sekarang ia dikelilingi oleh induk belunjur baka Lanun..dah 2 kali Kuning emas merangkul johan kategori anak di Kelantan suatu masa dulu, x hairanlah kalau anaknya mengikut jejak langkahnya sebagai juara.

Sunday, November 7, 2010

Adik Tina Hero (Puteri Emas)


Baka "kuning emas" dalam simpanan SU..tina remaja lanun yang lain sudah habis tukar hak milik..adik hero ni 1 bapak dengan hero tapi lain ibu..tina ni kalau lonjak, memang cair la dibuatnya..gaya memang lain dari yang lain..bab balung memang keluar sebijik dengan hero..tina ni SU akan jadikan pembaka untuk keluarkan Lanun balung halus (bilah mancis) + warna kuning cair + getar..kita tunggu dan lihat produk seterusnya..terima kasih kepada rakan serama yg tidak putus2 berkunjung ke rumah SU baik dari yang jauh mahupun yang dekat..

Thursday, November 4, 2010

Anak (1)- Sold Out


Sudah bertukar tangan petang semalam..gambar main ambik ja sebab cuaca nak hujan..anak kepada bourgenvilla dan induk tarik gegar kuning bersih..harap tuan barunya dapat menjaga dengan baik anak ni sebab gaya dia boleh tahan tarik dan kuat mengebas..badan dia pon patah juga, ada lengkuk dalam di belakang badan..moga tuan barunya dapat mengembangkan lagi baka Lanun..amin

Wednesday, November 3, 2010

Remaja Di Bawah!! Terbaru



Gambar terbaru remaja anak lanun..ayam saiz A, dah mula bergaya tapi ekor masih belum penuh..remaja ni belum galak sepenuhnya dan kalau bergaya, x ubah seperti robot yang berjalan lonjak dada..banyak lagi produk keluaran SU akan SU uploadkan nanti..harap bersabar..terima kasih kepada geng serama yang sudi melawat reban SU..SU menjemput rakan2 serama untuk datang ke reban SU tapi sebelum datang, call dahulu sebab takut xda di rumah..

Tuesday, October 26, 2010

Remaja Dah!


dah masuk remaja dah..gambar (bersahaja) (tidak begaya sepenuhnya)yang baru dihantar dari kampung..ayam x pernah dipegang dan dilatih..rasanya boleh bawa turun game dah, tapi ekor x siap lagi..tunggu dia parking, SU akan postkan entry baru untuk dia..

Saturday, October 23, 2010

Belunjur


Best juga bela ayam mcm ni..nak kata V shape bukan, jantung pisang pon bukan, apa darah yang mengalir dalam tubuh ayam ni?? hantam la labu..hehe

Monday, October 18, 2010

New Project




1 jantan nise hangus + 6 induk (kumbang lilin & nise hangus) yang dinantikan oleh SU..3 ekor antaranya sedang bertelur dan mengeram. Harap apa yg SU usahakan kali ini akan membuahkan hasil yang ditunggu-tunggu..amin

SU juga ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Amir Penang(SP) kerana pada 22 hb ni beliau akan melangsungkan perkahwinannya.

Tuesday, October 12, 2010

Ayam A++


Ok ka x ok?? harap2 akan keluar lagi Junior dia..SU suka cutting mcm ni tapi susah jaga, penjagaan kena lebih..ayam ni bukan Anak Lanun yg SU postkan sebelum ni..Anak Lanun tu sudah memasuki kategori anak B ke Remaja..

Friday, October 8, 2010

Kacukan + Lanun = ??



Generasi ke 2 baka lama SU, abangnya dulu pernah mendapat Johan kategori anak dan telahpon bertukar geran 1 tahun yang lalu..bakal digabungkan dengan pembaka Lanun bagi mendapatkan cutting yang baru dan gaya selam..SU namakan tengkuk ayam ni sebagai tengkuk mata kail.

Tuesday, October 5, 2010

EDY KEDAH


Tuan asal ayam ni member SU, sama umur juga..alhamdulillah geng muda dah pandai main ayam..cewahh..hehe..tp remaja ni telah pon tukar hak milik..mendapat no2 di bond Jitra yang lalu..superb one..congratulation bro!

Saturday, October 2, 2010

Din Taman M'sia



Ayam kepunyaan Din Taman Malaysia, Alor Setar..Johan kategori anak di game Jitra yang lalu..ayam gerenti buat kerja atas meja, tubuh cantik, cutting slim dan tinggi..

Thursday, September 30, 2010

Sanusi



Ayam selam menjunam kepunyaan sahabat SU, Sanusi..ayam mcm ni buat geng serama gerun..

This type of serama is very unique because of their act, behavior, and bloodline.

Sunday, September 26, 2010

Darah Mu DarahKu Jua


Adik kepada Nise hangus SU..1 darah dengan K.D. Ayam berada di Terengganu..Cutting yang menggiurkan dan akan selam apabila memasuki alam muda.

Same bloodline with my Serama known as Nise Hangus..It's has a great cutting and it will be act like a champ soon..just wait and see.

Thursday, September 23, 2010

Dara Lanun Tarik Teleng


Dara Lanun generasi 1 SU yang boleh dibanggakan dengan gaya tarik getar serta teleng..kadang2 boleh selam juga jika datang perangainya..sesuai untuk pertandingan.

Another female of mine that have a great act and looks!! It is suitable for competition.

Sunday, September 19, 2010

Anak Lanun


Cucu Keris Pateh dalam simpanan SU..adik beradik yang lain sudah tukar hak milik baru2 ini..tapi masih belum galak sepenuhnya atas meja..Su ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

New generation of my serama bloodline. Some of their siblings are sold out..Next generation will coming soon.

Monday, August 30, 2010

Baka Baharom Paka


Bapak dan ibu ayam ni pon belunjur juga, tapi anak sedap mata memandang. SU pernah bawa turun "game" 2-3 kali, gaya memang tidak menghampakan di atas meja..SU akan menggunakan incross breeding bagi mendapatkan generasi ke2 baka ini..sekarang sudah memasuki alam muda.

In securing serama quality chicken, tree seed is an important aspect in shaping the identity of serama. In Malaysia, many breeders have been successfully producing great serama style through systematic methods by their own research.

Tuesday, August 24, 2010

NISE HANGUS (RECENT)


Terbaru dan masih meluruh untuk ke alam muda, gaya bersahaja dan lagak sang juara di atas meja yang telah ditunjukkan..bakal digunapakai sebagai pembaka teras dan bertanding..

The latest picture that show great act of this serama..hope it will be champion soon. It comes from a famous bloodline.

Friday, August 20, 2010

The Past The Present


SU bermula dari sini kira-kira 11 tahun yang lalu..dulu game memang best,banyak cenderamata, ubat-ubatan, t-shirt turut dijual..harap ianya kembali megah seperti dahulu.

The older keychain represent the starting of my hobby

Wednesday, August 18, 2010

R & D



Ayam berkokok hari nak siang,
Induk nak telur riuh sekampung,
Bapak anak ni ayam terbuang,
Tapi anak dada menjulang.

Monday, August 16, 2010

Anak Lanun



Anak jantan terbaru, gaya memang cantik la..target nak bawa main Anak A lepas raya.

Still child but the act like the champion

Monday, August 9, 2010

Dara


Tubuh Cantik, Balung Halus, Perangai Molek, Bulu Kemas, Muka halus,Kaki Kecik dan Tinggi, Tengkuk Bisa membuatkan SU jatuh cinta pada dara ini. Bakal pengganti induk2 di reban.

Not For Sale! Great and superb female. Sorry for low quality of picture..

Saturday, August 7, 2010

NISE HANGUS



Bakal bekerjasama dengan Bourgenvilla sebagai pembaka utama di reban SU. Baka dari Breeder terkenal, Terengganu..Anak saudara kepada BOTB Central Market..

This Serama will be used as a part of breeding purpose in my farm. It comes from a great lineage/bloodline of Terengganu. It will act like the champion soon.

Tuesday, August 3, 2010

Warna Yang Unik


Ayam ini adalah kepunyaan member baik SU iaitu saudara Wan K(WK) setelah sekian lama bertapa. Beginilah yang dikatakan produk lambat main (lambat bergaya) tetapi tidak akan rosak chasis bodynya. Sesiapa yang inginkan ayam ini bolehlah menghubungi saudara Wan K di talian 0195277966.

This serama is owned by my best friend, Wan K. Everyone who interest to buy this serama can call Wan K (0195277966). First come first serve.

SOLD


Terjual dengan harga kawan RM750..Anak kepada Keris Patih..harap tuan barunya dapat jaga baik2 ayam ni sebab niat SU untuk jadikan ia sebagai pembaka di reban..

Sold RM750 only!!The son of Keris Patih. Hope the new owner can take a good care of the chicken because my intention is to make it as a part of my breeding purpose in my small farm.