Friday, January 29, 2010

INDUK USOP!!


Maaf atas gambar yang bersaiz kecik. Induk kelas tanding dan sesuai untuk biak baka..induk ini kepunyaan teman serama saya iaitu saudara usop..ayam2 A.usop ni semua power2 belaka..banyak juga yang telah menempah nama..buat masa sekarang, saudara usop tengah mengadun semula baka2 dirumahnya bagi mengeluarkan produk2 yang bermutu dalam arena serama..

Wednesday, January 20, 2010

TARGET!!

Gambar hiasan serama di atas SU perolehi dari seorang kenalan serama dari Dungun Terengganu..inilah merupakan target SU iaitu ingin mengeluarkan produk sedemikian..gaya pacak dan selam sebeginilah yang menjadi idaman SU..ditambah pula kalau dapat serama yang mempunyai tubuh jantung pisang..memang puas lah..SU akan menggunakan darah serama Baharom Paka dan beberapa darah terpilih lain bagi mendapatkan gaya sedemikian..hebat bukan?? gaya sebegini kalau dapat pada ayam kuning @ merah sudah tentu menjadi kegilaan ramai peminat serama..nantikan kemunculan produk2 dari reban SU..

Sunday, January 10, 2010

Baka Mahathir Perkasa





Anak B hasil dari kacukan baka terpilih oleh suadara Mahathir Perkasa..anak B ini merupakan anak kepada "legend of youtube" dengan ibu terpilih..bapaknya telah beberapa kali mendapat gelaran BOTB suatu ketika dahulu..SU sering kali melawat reban beliau di Kota Baru jika berkunjung ke pantai timur..ayam2 yang dihasilkan oleh beliau memang memuaskan hati ramai peminat ayam serama kerana hasil keluaran beliau telah banyak menunjukkan prestasi yang membanggakan di semenanjung..jika berminat, silalah hubungi mahathir Perkasa 0179772727

Sunday, January 3, 2010

Coretan Perantau..

Salam semua..terlebih dahulu, SU ingin memohon jutaan kemaafan jika dalam tempoh masa terdekat ini SU tidak menambah baik blog serama utara..ini kerana SU telah melanjutkan pelajaran di UiTM shah alam kampus puncak perdana..dalam masa terdekat ini, SU telah menerima banyak sms dari rakan2 serama sekitar tanah air, SU memohon maaf jika sms anda tidak dilayan buat sementara waktu ini..sedih juga bila berjauhan dengan ayam2 di rumah..hehe..tapi x mengapa, SU akan kerap pulang melawat reban SU dan penghuni-penghuninya..ayam2 SU kini telah dijaga oleh orang tua SU sendiri yang merupakan orang lama dalam arena serama ini..jadi SU x kesah dan risau sekiranya berjauhan dengan ayam2..buat pengetahuan semua, SU kini memperolehi 3 ekor anak 'A' yang telah menunjukkan ciri2 yang amat baik..dalam sejarah SU dalam arena serama, anak kali ini memang lain dari yang lain..banyak juga rakan2 SU datang melihat anak tersebut..dalam pemerhatian SU, ada lagi 2 induk yang sedang mengeram dan dijangka akan mengeluarkan lagi anak2 yang berpotensi besar dalam arena serama..dikesempatan ini SU ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan2 serama yang banyak memberi tunjuk ajar kepada SU dari mula hingga ke hari ini..mereka adalah saudara Baharom Paka, Cg.Ameran, Sahasdi Perkasa, Pok Nik Perkasa, Mahathir Perkasa, Din Tmn Malaysia, Om Penang, Halim Kemboja, Geng2 serama di kedah, Perlis, Kelantan, terengganu dan seluruh peminat ayam serama di malaysia yang namanya tidak disebut disini..jasa anda tidak akan ku lupakan..sekian..