Sunday, February 28, 2010

Chendana Anak Lanun 1




Chendana nama yang telah SU berikan kepada anak lanun ini..anak lanun ini merupakan anak kepada pembaka lanun teras di rumah SU iaitu Keris Patih..anak ini merupakan hasil gabungan bersama induk darah lanun..SU x berapa pasti kedua2 pembaka yang SU gunakan generasi ke berapa kerana rumah tuan asalnya iaitu Baharom Paka sudah mempunyai banyak lapisan generasi terpilih.. sejauh mana kemempuan anak ini tak dapat dijangka lagi tetapi SU percaya pada anak ini jika dijaga dengan baik, ianya mempunyai masa depan yang cerah kerana beberapa ciri2 juara yang telah ia miliki..SU telah masukan 1 betina dengannya supaya x galak sangat sebab SU takut ianya mudah rosak kerana terlalu bergaya..ini merupakan gayanya setelah bersama dengan betina..nanti SU uploadkan adik kepada Chendana ini..sekali tengok macam burung bangau pun ada..hehe

Thursday, February 25, 2010

Pembaka Lanun (Keris Patih)







Pembaka lanun (1) yang SU gunakan sebagai pembaka teras di reban SU..ternyata bapak ini bukan saja hebat bergaya di meja, malah anak2 kepada bapak lanun ini turut mengikut jejak langkahnya..gaya bapak ini telah menarik minat ramai serama di sekitar utara bagi memperolehi bakanya kerana gaya kebas bertubi-tubi, angkat kaki ketika bergaya, gegar, jalan seperti robot dan susur galur darah pahlawan yang tidak dapat dinafikan lagi..Keris Patih mempunyai susunan ekor yang cantik (susun sireh), kaki dan paha yang halus serta kecil..bapak ini SU gunakan sebagai pembaka teras kerana beberapa faktor yang SU percaya dapat membantu SU mencapai target dalam arena serama..induk2 yang SU gunakan tidak bergaya seperti bapak ini, tetapi anaknya alhamdulillah menjadi..SU akan uploadkan gambar anak Keris Patih iaitu "Chendana" dalam masa terdekat.

Tuesday, February 23, 2010

Serkap Jarang!!






SU gunakan serkap ini diwaktu pagi dan petang bagi proses biak baka yang sempurna.. ini kerana apabila menggunakan serkap sebegini, Bapak2 pembaka dapat menjalankan tugasnya dengan baik kerana kawasan yang terhad bagi induk melarikan diri..disamping itu juga, serkap digunakan bagi tujuan menghalang serama dari diserang oleh pemangsa seperti kucing..SU amat berpuas hati dengan fungsi serkap ini dan ternyata keberkesanan serkap ini telah membantu sedikit sebanyak dalam proses biak baka yang berkualiti bagi reban SU..

Sunday, February 21, 2010

Serama Kod Tokey Udang


















Balik je kampung sempat la juga SU kunjung ke rumah geng serama yang berdekatan dengan rumah SU..bukan apa, SU bawa geng serama dari selatan yang datang berkunjung ke rumah SU..alang2 orang datang jauh, kena bawak jalan2 la..hehe..ayam ni kepunyaan Kod Tokey Udang.. cantik x?? gaya ayam ni sekarang dah mula selam dan kuat mengebas..anak kepada bapak ini pon hebat juga..dengar cerita dari tuannya, dah ada orang offer anak kepada bapak ini dengan harga more than 1K..bayangkanlah anak kepada bapak ni macam mana kan??