Tuesday, November 30, 2010

Sold (Indonesia)


Gaya terakhir sebelum berlepas ke Indonesia bersama tuan barunya..

Tuesday, November 23, 2010

Anak Bourgenvilla Video A.K.A (Si Tenggang)












Gambar terbaru Anak Bourgenvilla yang SU uploadkan video dulu..kini alam Anak B nak ke Remaja..ingat nak bawa p tanding 27 ni, tapi SU tengah berkabung..Abang Lan Proton, harap bersabar ya, kalau jodoh x kemana..hehe

Monday, November 22, 2010

Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Di Sik Kedah

Persatuan Ayam Serama Sik, Kedah akan mengadakan 1 Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Malaysia. Segala butiran pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh - 11.12.2010 (SABTU)
Tempat - Dewan Sik, Sebelah Padang Awam, Sik, Kedah
Pengadil - Perkasa

Yuran - RM30.00
Masa - 9.00 Pagi - 2.00 Petang

Hadiah setiap kategori:
Johan RM120
Naib Johan RM80
Ketiga RM60
Saguhati 30% daripada penyertaan berupa wang tunai RM30.00

Cabutan Bonanza:
RM500 (1 Orang)
RM100 (3 Orang)
Rm50 (7 Orang)
double Bourner Gas untuk 8 orang

BOTB = merebut Piala Sik Group + RM60
Jika ayam melebihi 150 ekor, cabutan duit akan ditambah.

Sila Hubungi:
Firdaus - 0195733588
Cikgu Am - 0194056093
Khairi - 0124778204

Sunday, November 21, 2010

Salam Takziah 2

Salam semua..rakan serama SU iaitu saudara Din Simpang 4 (Din Senggora) telah pun kembali ke rahmatullah pada kelmarin bersamaan 21.11.2010 pada jam 6.25 Petang di Hospital Machang..Doktor mengesahkan bahawa beliau menghidap serangan sakit jantung..Jenazah beliau telah selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi tadi..Al-Fatihah..

Friday, November 19, 2010

Beraya Bersama Arifin (Indonesia)


Produk keluaran SU telah terbang ke Indonesia pada hari raya 1 aidiladha..

Wednesday, November 17, 2010

Salam Takziah

Salam Takziah buat keluarga Abang Mat Dungun..SU dikhabarkan bahawa sahabat kita iaitu ayah kepada saudara Abang mat (Allahyarham Ayah Wan Motel) telah pun kembali ke rahmatullah pada pagi tadi..SU sempat bertanya khabar pada anak beliau iaitu abang mat pagi tadi, beliau berharap agar semua rakan-rakan serama mahupun yang dekat dan jauh bagi menghebahkan tentang berita ini kepada seluruh rakan taulan..Alfatihah..moga roh beliau tergolong di kalangan orang2 terpilih..Amin.

Sunday, November 14, 2010

Bapak Uban (Anggerik Hitam)



Gaya masih kekal walaupun diletakkan bersama dengan induk..warna ara + bulu kilat hijau dan lawi memang panjang..

Saturday, November 13, 2010

Anak Bourgenvilla Batch 1



Anak Bourgenvilla Batch 1..sy bancuh dengan induk ???..saja simpan yang ni nak sambung baka..semalam 2 ekor induk kandang dah tukar geran..induk belunjur pon ada orang beli juga..heran2..

Wednesday, November 10, 2010

Pertandingan Ayam Serama Di Kompleks Muhibbah

Persatuan Ayam Serama Kuala Lumpur & Selangor akan mengadakan 1 Pertandingan Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Malaysia. Segala butiran pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh - 27.11.2010 (SABTU)
Tempat - Kompleks Muhibbah (Ampang)
Pengadil - Kelantan, Terengganu, Kedah, Kuala Lumpur

Yuran - RM40.00
Masa - 9.00 Pagi - 2.00 Petang

Hadiah setiap kategori:
Johan RM300
Naib Johan RM200
Ketiga RM100
Keempat RM50
Saguhati 30% daripada penyertaan berupa wang tunai RM35.00

Cabutan Bertuah 5DVD, 5 Handphone CSL, & 10 Hamper.
Cabutan Bonanza RM1000 (1 orang)
RM500 (2 Orang)
RM100 (5 Orang)
Rm50 (10 Orang)

BOTB = merebut Piala AD SERAMA FARM + RM100
Hadiah Daftar ayam terbanyak = RM100

Sila hubungi:
Pak CU = 0129732785
Adham = 0123434979
Cikgu Din = 0133158770
Sayuti = 0136070910
Soib = 0192859869
Jasni = 0134887616

Anak Bourgenvilla 2


Bagi SU memang cukup cantik..Anak Bourgenvilla batch kali ni keluar 3 jantan..1 dah tukar tangan, tinggal 2 termasuk yang ni..lagi 1 pun cantik, cutting lain sikit, tapi belum galak..

Tuesday, November 9, 2010

Cucu Keris Patih


Anak Bapak belunjur, dulu bapak dia SU nak trade (tukar) dengan orang, tapi orang xmau sebab belunjur dan huduh, tapi xpa bila cross balik, anak keluar macam ni lah..adik tina dia dalam simpanan SU..ayam ni gerenti betelur sebab badan panjang..jangan pandang ayam belunjur tu terlalu lekeh @ teruk sangat..hidup ayam belunjur

Monday, November 8, 2010

Kuning Emas


Inilah pembaka SU yang diberi nama sebagai "Kuning Emas", ia merupakan bapak kepada Hero dan Puteri Emas..sekarang ia dikelilingi oleh induk belunjur baka Lanun..dah 2 kali Kuning emas merangkul johan kategori anak di Kelantan suatu masa dulu, x hairanlah kalau anaknya mengikut jejak langkahnya sebagai juara.

Sunday, November 7, 2010

Adik Tina Hero (Puteri Emas)


Baka "kuning emas" dalam simpanan SU..tina remaja lanun yang lain sudah habis tukar hak milik..adik hero ni 1 bapak dengan hero tapi lain ibu..tina ni kalau lonjak, memang cair la dibuatnya..gaya memang lain dari yang lain..bab balung memang keluar sebijik dengan hero..tina ni SU akan jadikan pembaka untuk keluarkan Lanun balung halus (bilah mancis) + warna kuning cair + getar..kita tunggu dan lihat produk seterusnya..terima kasih kepada rakan serama yg tidak putus2 berkunjung ke rumah SU baik dari yang jauh mahupun yang dekat..

Thursday, November 4, 2010

Anak (1)- Sold Out


Sudah bertukar tangan petang semalam..gambar main ambik ja sebab cuaca nak hujan..anak kepada bourgenvilla dan induk tarik gegar kuning bersih..harap tuan barunya dapat menjaga dengan baik anak ni sebab gaya dia boleh tahan tarik dan kuat mengebas..badan dia pon patah juga, ada lengkuk dalam di belakang badan..moga tuan barunya dapat mengembangkan lagi baka Lanun..amin

Wednesday, November 3, 2010

Remaja Di Bawah!! Terbaru



Gambar terbaru remaja anak lanun..ayam saiz A, dah mula bergaya tapi ekor masih belum penuh..remaja ni belum galak sepenuhnya dan kalau bergaya, x ubah seperti robot yang berjalan lonjak dada..banyak lagi produk keluaran SU akan SU uploadkan nanti..harap bersabar..terima kasih kepada geng serama yang sudi melawat reban SU..SU menjemput rakan2 serama untuk datang ke reban SU tapi sebelum datang, call dahulu sebab takut xda di rumah..