Thursday, April 29, 2010

ABS - Tanpa Lawi


Buat baka jer bapak ni..dulu2 masa remaja bolehla saguhati kat bon..dada dia SU perhatikan macam bola futsal kalau betul2 tarik dan bergaya..ni gambar yang baru dihantar dari kampung..orang tua sibuk kerja, pakai hantam je ambik gambar ayam ni..dulu chasis dah lari sebab dia selam dan tarik bertubi-tubi..sampai nak jalan pon x boleh dah..pastu senget pula bila berdiri sebab chasis dada dan pinggang dah lari..ikhtiar punya ikhtiar, SU buat urutan tradisional untuk ayam serama, alhamdulillah, sekarang dah kembali bergaya dan sedang dipaksa untuk mengeluarkan benih2 berkualiti darinya..alhamdulillah, bapak ni dah ada zuriat, tapi anak masih kecik dan belunjur..abang pada ayam ni ada di Paka, Terengganu..gaya abang dia selam habis..x dapat abang, dapat adik pon jadilah, janji 1 ibu dan 1 bapak..bukan apa, senang nak cross balik untuk dapatkan macam abang dia yang SUPERB tu..amin..

Sunday, April 25, 2010

Pertandingan Besar Di Kedah pada 3.7.2010

Salam semua, 1 Pertandingan Besar Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Kedah akan diadakan pada 3.7.2010 bertempat di Tebengau, Kedah. Pertandingan ini dianjurkan oleh urusetia group Tebengau seperti game yang lalu pada hujung tahun lepas. Diharap penganjur lain tidak menggunakan tarikh ini kerana segala persiapan untuk pertandingan ini telah pun berjalan dengan baik dan lancar.

Segala urusan pertandingan bolehlah dirujuk pada urusetia penganjuran. Flyers pertandingan akan diuploadkan dalam masa terdekat. Diharap agar semua penganjur tidak menggunakan tarikh ini untuk mengelakkan dari berlakunya pertindihan tarikh pertandingan. Sekian.

Thursday, April 22, 2010

Serama Din Taman Malaysia


Terbaik!! ungkapan yang boleh diberikan kepada serama ini..mempunyai gaya tarik dan selam serta aktif di atas meja..serama ini milik kepada saudara Din Taman Malaysia, Alor Setar, Kedah..SU kerap kali disajikan dengan gelagat dan telatah ayam ini sewaktu berkunjung ke rumah beliau..catatan terbaik ayam ini ialah pernah mendapat johan kategori remaja/muda di kelantan dalam beberapa pertandingan yang lalu..mungkin sesiapa yang berminat bolehlah merisik!!

Saturday, April 17, 2010

Anak-anak Lanun







Gambar diatas merupakan pelapis-pelapis baru yang SU harapkan dapat menggegarkan arena serama dalam masa terdekat..semua anak2 ini merupakan anak Keris Patih bersama beberapa induk lanun dan uban yang mempunyai pelbagai cutting dan perangai..kali ini SU lebih fokus bagaimana untuk menghasiklan serama berkualiti dengan beberapa teknik biak baka yang SU pelajari dari beberapa kenalan..semua anak2 lanun yang terhasil menunjukkan ciri2 juara tetapi sejauh mana keberkesanan teknik ini, SU pon belum pasti..kesimpulan yang SU dapat dari pengalaman dan kaedah2 yang SU gunakan, produk anak2 lanun yang terhasil menunjukkan bahawa anak lanun dalam kategori nak A telah pon mula bergaya..kita tunggu dan lihat..

Friday, April 2, 2010

Antara Reban Serama Utara!









1. Reban pertama di atas diperbuat daripada besi..ada 8 pintu dan semua reban SU tutupkan dengn mosquito netting supaya ayam terhindar dari gangguan nyamuk..dah lama dah reban ni SU gunakan..ada lagi 1 reban besi macam ni juga warna koko, SU gunakan di tempat lain bagi menyimpan serama yang overload.maklumlah, rumah SU rumah taman, x boleh bela banyak sangat..

2. Reban yang sama dgn no 1, cuma SU paparkan situasi macam ni lah keadaannya reban ini pada waktu malam dan hujan..SU sediakan bidal supaya ayam lebih safe dan selesa bila sejuk dan cuaca malam.

3. Antara reban yang Su gunakan bagi menempatkan ayam kelas tanding dan anak2 yang baru menetas bersama ibunya..sekalai imbas macam almari baju pun ada..

4. SU beli kotak ini dari rakan serama juga dahulunya..sekarang fungsi kotak ini adalah untuk penempatan sementara jika ayam meng