Saturday, August 1, 2009

Remaja Sufian Pendang (0134451076)


Remaja yang baru belajar untuk begaya di atas meja ini mempunyai ciri2 juara 1 hari nanti..aksesori yang cantik dan bulu yang kemas menampakkan bahawa ayam ini mempunyai masa depan yang cerah dalam arena pertandingan..ayam remaja ini masih dalam latihan dan belum pernah menyertai pertandingan..jika berminat, silalah hubungi saudara Sufian..

Sunday, July 26, 2009

Hasil Dari Baka Berkualiti



Inilah hasil dan bukti dari apa yang dikatakan dari pembaka yang berkualiti iaitu genetik yang baik..gambar hiasan ini adalah dari reban abang Baharom ketika saya melawati rebanya awal tahun ini..ayam ini telah merangkul BOTB semasa di Perlis dan KL..saya amat setuju dengan Cikgu Mie Keris dari terengganu yang menyatakan bahawa baka yang terpilih amatlah penting dalam process Breeding..sepertimana yang kita ketahui, process breeding terbahagi kepada 2 iaitu OUTcross dan Incross breeding..dan ayam yang cantik bukanlah datang dari percubaan breeding yang 1st..sekurang kurangnya 3 generasi yang mungkin akan memakan masa..kita boleh mengatakan bahawa ciri2 bapak dan induk amatlah penting dan boleh mendapatkan hasil yang TIP TOP dalam percebaan pertama, tetapi ianya mungkin nasib yang datang dalam nisbah 1/100..kalau anda tidak percaya, rajin2 la bertanya kepada sifu2 yang mempunyai nama yang besar dalam arena serama seperti Nik rashid, Mat Awang dan sebagainya..sama2 lah kita mencuba mengeluarkan serama yang dikatakan sebagai "gaya lawe mejo"..

Friday, July 24, 2009

Pembaka berkualiti??

Bagaimanakah teras pembaka di rumah anda semua?? Adakah anda mementingkan darah/genetik? cutting?? dan sebagainya?? Bagi pendapat saya, genetik@darah amatlah penting bagi mengeluarkan baka serama yang berkualiti..ini kerana persamaan diantara genetik ayam serama yang sama akan memudahkan lagi pengeluaran baka yang berpotensi untuk menjadi juara..hasil daripada "Sembang Petang"bersama rakan2, ada yang menyatakan dan percaya bahawa mereka lebih cenderung kepada ayam yang sudah mendapat gelaran juara dan sebagainya..hasilnya, daripada ujikaji yang mereka lakukan, serama berkualiti @ Gaya lawan meja tidak dapat dihasilkan..ini adalah pendapat masing2 dalam penternakan ayam serama ini..terpulanglah kepada anda semua untuk menggunkan kaedah yang anda pilih bagi mengelurkan serama yang berkualiti..10 tahun lalu, saya telah berkecimpung dalam arena serama dan telah mencuba untuk mengelurkan serama berkualiti tetapi hasinya gagal kerana pada masa itu saya hanya melihat kepada ayam yang cantik dan telah menjuarai pertandingan walaupun ayam itu berlainan genetik.. lantas semangat serama telah padam dalam diri saya..kepada peminat serama yang baru berkecimpung semula dalam dunia serama, saya sarankan sepaya banyak bertanyakan kepada sifu2 yang telah lama berkecimpung dalam arena serama ini..mereka tidak akan lokek dalam membantu kita bagi menghasilkan serama yang berkualiti..rajin2lah melawat reban2 sifu di sekitar malaysia..selamat maju jaya..


Disini merupakan beberapa genetik/baka yang berkualiti sebagai info:
1.husin kijang emas
2.limbat
3.2000
4.6000
5.Robot
6.raja gegar
7.Nik Rashid(geliga)
8.baka mat awang

Din Taman M'sia Alor Setar



Serama muda milik abang Din taman Malaysia ini baru berjinak2 untuk menyertai Bond2 di seluruh Malaysia..saya sudah menyaksikan kehebatan ayam ini di atas meja sewaktu minum petang di rumah abng din tempoh hari..gaya pacakan yang tegap dan kuat bergebas menyerlahkan lagi personaliti ayam ini yang akan bergelar juara satu hari nanti..
ini pula hanya selingan gambar induk untuk tatapan semua..induk sebeginilah yang menjadi teras pembaka yang digunakan di reban abang din..jika anda berminat dengan induk sebegini untuk dibuat baka @ pertandingan, bolehlah contact abang Din di talian 0175227996..

Wednesday, July 22, 2009

Gegaran Terbaru!!


Untuk tidak menghampakan kawan2 semua yang banyak bertanyakan tentang gegaran saya, inilah sedikit sebanyak yang boleh dipertontonkan..ayam ini baru masuk remaja sudah mula bergaya di atas meja..nama kepada ayam ini belum diberi..remaja ini sangat aktif dan ada gegar di lehernya..insyaallah, saya akan uploadkan video remaja ini bila ada kelapangan.

Sunday, July 19, 2009

Pertandingan Serama Di Penang

Lebih dari 200 peserta dan peminat ayam serama telah menyertai pertandingan ayam serama yang dianjurkan oleh kelab Serama Mas Utara semalam..syukur kehadrat ilahi kerana tanpa izinnya pertandingan ayam serama semalam mungkin tidak akan berjaya dengan jayanya..cuaca yang baik, vanue dan sambutan yang menggalakan terhadap pertandingan ini sedikit sebanyak telah menaikkan semula maruah dan martabat ayam serama di mata masyarakat sekaligus telah mempromosikan ayam serama di seluruh pelusuk tanah air..tahniah kepada Kelab Serama Mas Utara kerana telah mengganjurkan pertandingan ayam serama semalam dengan jayanya..


lihatlah aksi para pengadil Perkasa dari Kelantan mengadili ayam serama dengan penuh fokus dan teliti..bukan senang untuk mengadili sesuatu perkara terutamanya dengan penganjuran yang sedemikian..pengadilan yang telus dan saksama merupakan tulang belakang bagi memartabatkan ayam serama di mata dunia..tuntasnya, kita haruslah menyokong semua pihak bagi menaikkan semula nama Serama di mata dunia seterusnya menjadikan ayam serama sebagai Ikon negara kerana ayam serama hanya terdapat di Malaysia sahaja..kita haruslah menghargainya.

Best OF The Best Penang!!


Gelaran yang cukup adil bagi serama ini iaitu BOTB!! ayam ini merupakan johan dari kategori ABS sekaligus merangkul gelaran Best Of the Best!! aksesori yang sungguh perfect dan gaya lawan meja yang dipamerkan ayam ini memang adil baginya untuk merangkul geralaran BOTB..bagi saya, ayam ini mempunyai peluang dan masa depan yang cerah kerana sifat dan perangainya yang agkuh ketika ia berhadapan dengan lanser kamera dan orang ramai..