Saturday, September 26, 2009

Din Taman Malaysia


Setelah sebulan menunaikan ibadah puasa, tibalah hari raya yang dinanti-nantikan..sedih pula juga terasa bila meninggalkan bulan ramadahn yang mulia..dalam menunaikan ibadah puasa yang lalu, sy sempat berkunjung ke rumah saudara Din Taman Malaysia..tub2 ada pula peluru baru dari reban beliau..video anak b ini sya sempat ambil, tapi terdelete pulak..anak B ni memang canggih kalau di atas meja..gayanya seakan-akan ayam yang dudah masuk kategori..dengan lagak gaya kebas bertubi-tubi + tarik memang menbuatkan sy terpegun..ayam ini ada iras2 Transformers yang pernah sy paparkan dahulu..bakanya pun juga sama tetapi lain bapak dan ibu..dengar kata ayam ini akan dibawa bertanding pada 10.10 ini..boleh la kawan2 intai di bond nanti..





Ini juga merupakan peluru baru abang Din..baru masuk kategori muda..ada iras2 yellow submarine x?? kata bang Din ayam ini bakal menggantikan ayam A nya yang sudah lama berada di arena pertandingan..aksesori ayam ini pon cantik..ayam ini nelum siap sepenuhnya..dijangka ayam ini akan selam 1 hari nanti bila dilihat dari lagak gayanya..tahniah abang Din..ini No Contact DIN Tman Msia 0175227996

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya

Setelah sebulan berlalu akhirnya tiba lebaran syawal yang mulia.alhamdulillah, sempurna sudah kita berpuasa selama sebulan..banyak dugaan dan cabaran yang kita harungi didalam menempuh dugaan dariNya..dikesempatan ini, saya ingin memohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada melakukan kesalahan yang menyinggung mana-mana pihak..dihari bulan yang baik ini, marilah kita sama-sama bermaaf-maafan diantara satu sama lain..yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri..sekian, salam lebaran dari serama utara sekeluarga..

Saturday, September 12, 2009

Perlis Mari!!



Huhhh!! geram x?? sapa x geram kalau barang sendiri menjadi sebegini kan?? kali ini SU bongkar ayam dari saudara Pak Din yang nun jauh bermastautin di Perlis..dari gaya, aksesori yang cantik, SU rasa ayam ini mempunyai masa depan yang cerah..tahniah la pada Pak Din..dari segi tubuh pula tidak perlu risau rasanya sebab ayam ini mempunyai struktur tubuh yang kukuh, x perlu risau bahh!! hehe..lawi pula menujah langit..tapi ayam ini baru masuk kategori muda jadi ianya dalam proses meluruh(menyalin) kata orang utara..senang2 contact la Pak Din Perlis 0125194646 untuk mengeratkan lagi silaturrahim..

remaja/muda cikgu putera


Tu dia pukulan cikgu putera..kalau semua nak tau, inilah peluru baru cikgu putera..belum siap sepenuhnya, tetapi aksesori macam kereta Caldina idaman SU..tapi ianya lebih kepada Wish..hehe..cikgu putera lebih suka dengan ayam yang mempunyai aksesori yang menawan ditambah pula dengan gaya yang terbaik..inilah yang dikatakan pukulan terbaru dari ladang Changloon..difahamkan cikgu putera mempunyai banyak lagi ayam yang lagi hebat, tapi macam biasa la, memanjang secret..kalau nak peluru ini atau yang lain2, tok uban ke, hubungilah cikgu putera 0195677227

Tuesday, September 8, 2009

Lebaran Hampir Tiba

Lebaran hampir tiba, dan gegaran sudah bermula, semua telah bersiap sedia untuk menyambut hari yang dinantikan..berbalik pada dunia serama, masing2 sibuk mempersiapkan barang2(serama) untuk bond yang bakal tiba selepas aidilfitri ini..bagi seorang sahabat saya ini, produknya yang baru gen1 telah menunjukkan ciri2 yang memuaskan..jika dilihat pada gaya ayam ini, ianya mempunya potensi yang besar pada suatu hari nanti..mungkin semua tertanya-tanya, apakah darah yang mengalir dalam tubuh anak ini?? Tok Uban? Manisan Hangus? Limbat?Husin? Mat awang?ohh tidak semuanya..identiti baka ini dirahsiakan kerana breeder ini masih dalam R&D tentang baka di rumahnya..



gambar di sebelah ini pula merupakan adik beradik kepada anak di atas..dengan mempunyai darah yang sama, saya rasakan ayam ini akan menjejak langkah abangnya itu..sama2 kita nantikan anak ini..ini adalah nombor kepada tuan ayam2 ini 0125445459 (wk)

Saturday, September 5, 2009

Serama A for sale!!

For sale!! tawaran hebat semperna bulan yang mulia ini..ayam ini bukanlah dari reban saya, ia merupakan milik seorang rakan yang tinggal di alor setar..jika dilihat pada gaya ayam ini, ianya memang sesuai untuk ke arena pertandingan dan amat molek jika dibuat baka..ini kerana struktur tubuh ayam ini memang gagah dan tidak boleh dinafikan lagi..gaya kebas bertubi-tubi di atas meja menunjukkan bahawa serama ini mempunyai darah yang baik dan perangai yang jahat di atas meja..jika berminat silalah hubungi ini di talian - 0174685565 (rozaidi)

Tuesday, September 1, 2009

Champion Anjaria

Ini dia anak2 anjaria yang telah sy produce dan merupakan generasi 1..tapi sayangnya kedua dua anjaria ini telah berpindah tangan ke seorang sahabat di merbok..ayam yang mempunyai gaya salam dan aksesori yang kemas ini telah berjaya merangkul johan kategori anak di alor setar yang lalu..kini ayam ini sudah masuk kategori muda..sayang pula apabila produk rumah telah berpindah tangan ke orang lain..gambar ini diambil pada waktu malam. so, ianya agak kurang memuaskan..bapak kepada ayam ini masih ada di rumah dan kini menjadi antara pembaka utama..ada yang bertanyakan bapak kepada muda ini, dan saya masih mempertimbangkannya..jika kena pada harga, apa salahnya..sapa cepat dialah dapat..





Ini pula gambar adik kepada champion di atas..dari aksesori semuanya nampak serupa cuma struktur tubuh sahaja yang berlainan. Adik kepada kepada champion ini mempunyai dada yang besar dan susunan ekor yang kemas..kedua-dua ayam ini saya telah berpindah tangan dari reban saya dari umur 2 minggu..macam biasalah, kalau dengan saya, urusan jual beli mesti mudah dan senang( harga kawan2)..hehe..ini dia nombor tuan kepada muda ini..0194576084 DEE Merbok.