Tuesday, December 8, 2009

Remaja CG.Putra

Tempat ke 3, Kategori Remaja, Pertandingan di Tebengau Kedah..ayam remaja yg mempunyai gaya lawan meja dimiliki oleh cikgu putera hasil dari kacukan baka Seri Pauh..Seri Pauh merupakan baka kacukan dari saudara bukhari Jitra..buat pengetahuan semua, dah banyak kali baka seri pauh menjulang nama di serata tanah air, bukti terdahulu, abang kepada remaja ini telah menggondol tempat ke-2 pertandingan ayam serama asean di Kelantan..tahniah kepada cikgu putera dan Bukhari..sesiapa yang inginkan baka ini, bolehlah layari blog seramaseripauh.blogspot.com.

Saturday, November 28, 2009

Serama Usop Guar


Salam semua..terlebih dahulu, dikesempatan hari yang mulia ini, SU ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua peminat ayam serama jika perlakuan dan kata-kata SU membuatkan anda terguris..selamat hari raya aidiladha SU ucapkan kepada semua..buat masa ini, SU telah pon bekerja di Office ayah SU..bukan apa nak cari pengalaman dan tambah duit poket disamping dapat mempelajari bagaimana nak mengendalikan syarikat ayah SU suatu masa nanti..disini SU pamerkan seekor remaja ara yang telah mendapat saguhati pada pertandingan di kedah tempoh hari..tuan kepada remaja ini senang dikenali dengan nama Usop, untuk pengetahuan semua, saudara usop telah lama berkecimpung dalam arena serama ini, saudara usop juga terkenal dengan ubat-ubatan serama ni..remaja ara ini tidak lain dan tidak bukan berketurunan dari darah ANJARIA..cantik bukan?? kalau berhajat nak melawat reban saudara Usop, bolehlah contact beliau di talian 0125545524..

Monday, November 9, 2009

PERTANDINGAN SERAMA DI KEDAH

Pada bulan 12 ini, para peminat ayam serama akan dimeriahkan dengan 2 pertandingan serama yang besar di Kedah dan juga KL..dengar kata pertandingan ayam serama juga akan diadakan di Terengganu..dengan pertandingan yang banyak seperti "cendawan tumbuh selepas hujan" ini akan menyemarakkan lagi semangat serama pada diri kita..info tentang pertandingan ayam serama terbuka Kedah akan SU uploadkan x lama lagi..SU juga mewakili Kru2 pertandingan di alor setar tempoh hari mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua peminat ayam serama yang hadir dari Terengganu, Kelantan, Penang, Perlis, KL dan lain2 yang sanggup datang bagi memeriakan lagi pertandingan tersebut..diharap anda semua akan datang lagi pada pertandingan 5hb 12 nanti untuk mengahangatkan lagi suasa pada pertandingan tersebut..SU ucapkan tahniah kepada Aiman Bachok yang telah merangkul juara kategori B, remaja dan BOTB..

PINDAAN TARIKH PERTANDINGAN DI KL!!

Salam semua..sepertimana yang sedia maklum, ADFARM akan menganjurkan pertandinagn kesenian dan kecantikan ayam serama di Kuala Lumpur pada 26.12.2009. Pindaan tarikh pertandingan tersebut telah dipinda pada tarikh 19.12.2009 pada hari sabtu..tarikh tersebut dicepatkan seminggu kerana pihak penganjuran menghadapi sedikit kesulitan..diharap semua peminat ayam serama dapat menghebahkan berita ini kepada semua..untuk keterangan lanjut tentang pertandingan, silalah menghubungi pihak penganjuran pertandingan..sekian.





video pembaka di reban SU..serama muda ini baru baik dari demam dan baru pulih gayanya..tetapi ianya akan digunakan sepenuhnya sebagai pembaka teras di reban saya..kepada pengunjung wanita yang melayari blog SU, diharap jangan lihat pada jejaka x berbaju, tengok ayam sahaja..hehe

Monday, November 2, 2009

Minggu Exam dan Tamat Diploma

salam semua, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kesulitan yang dialami buat sementara waktu ini..seperti yang saya katakan tempoh hari, saya sedang menduduki peperiksaan akhir untuk diploma di UiTM..jadi dalam tempoh yang lama sehingga 15 hb ini, kerja-kerja penambahan dan pengubahsuain blog serama akan tergendala buat sementara waktu..banyak message dari rakan-rakan di seluruh tanah air telah diretima oleh saya bertanyakan khabar, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah banyak memberi sokongan kepada saya..tetapi, saya akan tetap turun untuk game di alor setar minggu depan( bawak diri ja, ayam x siap)..x sabar rasanya nak jumpa "geng serama" di sekitar utara..harap semua rakan2 mendokan yang terbaik buat saya..sekian dari SERAMA UTARA..

Saturday, October 17, 2009

Minggu Sulit

Salam kepada semua pelawat blog serama utara..terlebih dahulu SU ingin memohon ampun dan maaf kerana menyepi buat seketika. ini kerana banyak urusan dan masalah serta perkara yang menyedihkan berlaku pada akhir2 ini..sebagaimana yang semua sedia maklum, SU akan menamatkan pengajian diploma hanya beberapa minggu saja lagi..so, banyaklah assignment dan presentation yang perlu didahulukan..rasa terkilan juga sebab x dapat buat review untuk bond besar tempon hari..sejak2 hari ini SU agak kurang sihat, mungkin disebabkan bebrapa faktor yang melanda SU..ayam pon x sempat kisah..tapi apa yang menyedihkan, jumaat yang lalu SU telah kehilangan seorang sahabat baik yang banyak menolong SU selama bergelar mahasiswa..beliau telah meninggalkan SU dan kita semua kerana mengalami ketumbuhan di kepalanya..ALFATIHAH untuk FANDY B. AHMAD..

gambar di atas merupakan ayam muda SU dimana sekarang ini telah direhatkan kerana meluruh..dalam masa REST muda ni, SU telah letakkan bebrapa induk terpilih baginya agar dapat pelapis untuk reban SU..tapi rasanya SU akan turunkannya ke bond kedah nanti bagi memeriahkan bond di setikar utara..kalah menang adat pertandingan..yang penting semangat serama tetap teguh berdiri..

Sunday, October 4, 2009

Produk Utara


Salam Isnin kepada semua..rasanya semua peminat-peminat ayam serama di seluruh tanah air dah x sabar menunggu game pada 10.10 nanti..hanya tinggal 1 minggu ja..SU dan rakan2 bercadang akan ke game kuala terengganu kerana ini 1st time SU akan merasai game di Terengganu sebelum mengharungi onak duri FINAL EXAM..SU boleh gelarkan rombongan GENG MUDA MUDI kerana perjalanan ke kuala terengganu nanti akan disertai oleh peminat serama UNDER AGE..bagi team muda mudi, gambar di atas merupakan "peluru" yang akan diuji prestasinya kerana ianyanya juga 1st time masuk ke arena pertandingan..tetapi, ini bukanlah ayam SU..ini barang kawan baik SU sendiri..berita sedih juga ingin SU sampaikan..anak husin+limbat+uban yang baru menetas di reban SU mati pulak 2 ekor pagi tadi..mungkin cuaca yang x menentu dan genetik yang kurang kuat kerana ibu dan bapaknya masih muda..kalau x, bolehlah kita saksikan keturunan si labu dengan induk terpilih dari Dungun..apa pon, inilah adat main serama, setiap yang hidup, akan pergi juga..Kuala Terengganu, nantikan rombongan MUDA MUDI..