Wednesday, March 3, 2010

Anak Lanun 2




Anak ini satu ibu dan satu bapa kepada anak yang SU uploadkan dibawah iaitu Chendana..senang kata adik kandung Chendana la..ciri2 anak ini berbeza dengan Chendana tetapi ianya mempunyai kelebihan berbanding Chendana..masing2 ada kelebihan tersendiri..SU nampak anak ini mempunyai gegar dan ianya amat agresif..pinggang anak ini memang ramping dan kukuh..anak ini juga boleh diklasifikasikan sebagai ayam yang bersaiz kecil..anak ini dah bergaya tetapi agak susah untuk snap gambarnya kerana terlalu aktif..SU amat suka pada aksesori anak ini..dari pemerhatian SU, ciri2 anak ini seakan seperti abang tirinya yang telah SU jual pada seorang rakan serama di selatan dan ayam itu telahpun mendapat johan dalam pertandingan yang lalu..

Sunday, February 28, 2010

Chendana Anak Lanun 1




Chendana nama yang telah SU berikan kepada anak lanun ini..anak lanun ini merupakan anak kepada pembaka lanun teras di rumah SU iaitu Keris Patih..anak ini merupakan hasil gabungan bersama induk darah lanun..SU x berapa pasti kedua2 pembaka yang SU gunakan generasi ke berapa kerana rumah tuan asalnya iaitu Baharom Paka sudah mempunyai banyak lapisan generasi terpilih.. sejauh mana kemempuan anak ini tak dapat dijangka lagi tetapi SU percaya pada anak ini jika dijaga dengan baik, ianya mempunyai masa depan yang cerah kerana beberapa ciri2 juara yang telah ia miliki..SU telah masukan 1 betina dengannya supaya x galak sangat sebab SU takut ianya mudah rosak kerana terlalu bergaya..ini merupakan gayanya setelah bersama dengan betina..nanti SU uploadkan adik kepada Chendana ini..sekali tengok macam burung bangau pun ada..hehe

Thursday, February 25, 2010

Pembaka Lanun (Keris Patih)







Pembaka lanun (1) yang SU gunakan sebagai pembaka teras di reban SU..ternyata bapak ini bukan saja hebat bergaya di meja, malah anak2 kepada bapak lanun ini turut mengikut jejak langkahnya..gaya bapak ini telah menarik minat ramai serama di sekitar utara bagi memperolehi bakanya kerana gaya kebas bertubi-tubi, angkat kaki ketika bergaya, gegar, jalan seperti robot dan susur galur darah pahlawan yang tidak dapat dinafikan lagi..Keris Patih mempunyai susunan ekor yang cantik (susun sireh), kaki dan paha yang halus serta kecil..bapak ini SU gunakan sebagai pembaka teras kerana beberapa faktor yang SU percaya dapat membantu SU mencapai target dalam arena serama..induk2 yang SU gunakan tidak bergaya seperti bapak ini, tetapi anaknya alhamdulillah menjadi..SU akan uploadkan gambar anak Keris Patih iaitu "Chendana" dalam masa terdekat.

Tuesday, February 23, 2010

Serkap Jarang!!






SU gunakan serkap ini diwaktu pagi dan petang bagi proses biak baka yang sempurna.. ini kerana apabila menggunakan serkap sebegini, Bapak2 pembaka dapat menjalankan tugasnya dengan baik kerana kawasan yang terhad bagi induk melarikan diri..disamping itu juga, serkap digunakan bagi tujuan menghalang serama dari diserang oleh pemangsa seperti kucing..SU amat berpuas hati dengan fungsi serkap ini dan ternyata keberkesanan serkap ini telah membantu sedikit sebanyak dalam proses biak baka yang berkualiti bagi reban SU..

Sunday, February 21, 2010

Serama Kod Tokey Udang


















Balik je kampung sempat la juga SU kunjung ke rumah geng serama yang berdekatan dengan rumah SU..bukan apa, SU bawa geng serama dari selatan yang datang berkunjung ke rumah SU..alang2 orang datang jauh, kena bawak jalan2 la..hehe..ayam ni kepunyaan Kod Tokey Udang.. cantik x?? gaya ayam ni sekarang dah mula selam dan kuat mengebas..anak kepada bapak ini pon hebat juga..dengar cerita dari tuannya, dah ada orang offer anak kepada bapak ini dengan harga more than 1K..bayangkanlah anak kepada bapak ni macam mana kan??

Friday, January 29, 2010

INDUK USOP!!


Maaf atas gambar yang bersaiz kecik. Induk kelas tanding dan sesuai untuk biak baka..induk ini kepunyaan teman serama saya iaitu saudara usop..ayam2 A.usop ni semua power2 belaka..banyak juga yang telah menempah nama..buat masa sekarang, saudara usop tengah mengadun semula baka2 dirumahnya bagi mengeluarkan produk2 yang bermutu dalam arena serama..

Wednesday, January 20, 2010

TARGET!!

Gambar hiasan serama di atas SU perolehi dari seorang kenalan serama dari Dungun Terengganu..inilah merupakan target SU iaitu ingin mengeluarkan produk sedemikian..gaya pacak dan selam sebeginilah yang menjadi idaman SU..ditambah pula kalau dapat serama yang mempunyai tubuh jantung pisang..memang puas lah..SU akan menggunakan darah serama Baharom Paka dan beberapa darah terpilih lain bagi mendapatkan gaya sedemikian..hebat bukan?? gaya sebegini kalau dapat pada ayam kuning @ merah sudah tentu menjadi kegilaan ramai peminat serama..nantikan kemunculan produk2 dari reban SU..