Thursday, April 22, 2010

Serama Din Taman Malaysia


Terbaik!! ungkapan yang boleh diberikan kepada serama ini..mempunyai gaya tarik dan selam serta aktif di atas meja..serama ini milik kepada saudara Din Taman Malaysia, Alor Setar, Kedah..SU kerap kali disajikan dengan gelagat dan telatah ayam ini sewaktu berkunjung ke rumah beliau..catatan terbaik ayam ini ialah pernah mendapat johan kategori remaja/muda di kelantan dalam beberapa pertandingan yang lalu..mungkin sesiapa yang berminat bolehlah merisik!!

Saturday, April 17, 2010

Anak-anak Lanun







Gambar diatas merupakan pelapis-pelapis baru yang SU harapkan dapat menggegarkan arena serama dalam masa terdekat..semua anak2 ini merupakan anak Keris Patih bersama beberapa induk lanun dan uban yang mempunyai pelbagai cutting dan perangai..kali ini SU lebih fokus bagaimana untuk menghasiklan serama berkualiti dengan beberapa teknik biak baka yang SU pelajari dari beberapa kenalan..semua anak2 lanun yang terhasil menunjukkan ciri2 juara tetapi sejauh mana keberkesanan teknik ini, SU pon belum pasti..kesimpulan yang SU dapat dari pengalaman dan kaedah2 yang SU gunakan, produk anak2 lanun yang terhasil menunjukkan bahawa anak lanun dalam kategori nak A telah pon mula bergaya..kita tunggu dan lihat..

Friday, April 2, 2010

Antara Reban Serama Utara!









1. Reban pertama di atas diperbuat daripada besi..ada 8 pintu dan semua reban SU tutupkan dengn mosquito netting supaya ayam terhindar dari gangguan nyamuk..dah lama dah reban ni SU gunakan..ada lagi 1 reban besi macam ni juga warna koko, SU gunakan di tempat lain bagi menyimpan serama yang overload.maklumlah, rumah SU rumah taman, x boleh bela banyak sangat..

2. Reban yang sama dgn no 1, cuma SU paparkan situasi macam ni lah keadaannya reban ini pada waktu malam dan hujan..SU sediakan bidal supaya ayam lebih safe dan selesa bila sejuk dan cuaca malam.

3. Antara reban yang Su gunakan bagi menempatkan ayam kelas tanding dan anak2 yang baru menetas bersama ibunya..sekalai imbas macam almari baju pun ada..

4. SU beli kotak ini dari rakan serama juga dahulunya..sekarang fungsi kotak ini adalah untuk penempatan sementara jika ayam meng

Monday, March 29, 2010

APA ITU SERAMA BAKA LANUN?




2 post gambar di atas sempat Su ambik semasa berada di pertandingan ayam serama anjuran AD serama farm baru-baru ini.. gambar di atas merupakan johan serama a dan ianya adalah kepunyaan saudara baharom paka..gaya sebegini memang menjadi idaman setiap peminat ayam serama..tahniah SU ucapkan kepada saudara baharom paka kerana memenangi johan kategori serama A..

Kali ini SU akan berkongsi maklumat tentang salah silah keturunan serama baka lanun..apa itu baka lanun? Ini yang menjadi persolan kepada peminat ayam serama..nama atau gelaran lanun adalah terhasil atau datang dari sudara baharom paka sendiri..gelaran lanun diberi berdasarkan beberapa faktor atau ciri-yang terdapat pada ayam serama keluaran atau hasil R&D beliau melalui beberapa kaedah yang memakan masa sehingga berjaya menghasilkan produk yang diberi gelaran lanun..lanun diberi berdasarkan cirri-ciri seperti kepala balung yang besar sehinggakan menutup sebelah mata ayam serama itu..tetapi ini hanya terdapat pada bapak teras di reban beliau suatu ketika dahulu..selain itu, gelaran lanun juga diberi kerana bapak pembaka tersebut amat jahat dengan perangainya kerana apabila ia dilepaskan ke tanah, ia akan berlari mematuk kaki pengunjung dan tuannya sendiri seolah-olah ianya marah dengan manusia.. itulah kelebihannya..SU juga mengalami keadaan itu apabila melawat reban serama paka kira-kira 3 tahun yang lalu..hasil dari keluaran bapak lanun itulah, terhasilnya anak-anak serama yang mempunyai gaya yang jahat dan lawan meja di arena pertandingan. Fakta ini disokong dengan beberapa bukti yang kukuh seperti baka Lanun telah mendapat gelaran BOTB di seluruh tanah air tidak kira di utara, selatan, dan pantai timur.

kini, SU telah mengorak langkah bagi meneruskan baka lanun bersama saudara baharom paka bagi memertabatkan serama Malaysia..

Saturday, March 20, 2010

Remaja Lanun Terbaik!!



Alhamdulillah, lega rasanya bila produk dari rumah yang telah lepas ke tangan peminat serama lain telah menjadi dan membanggakan..inilah hasilnya produk dari reban SU yang telah berpindah milik pada tuannya yang baru..SU baru dapat MMS serama ini dari kenalan serama dari selatan..patutlah tuan barunya beria-ia sangat ajak SU ke rumahnya..dari mata SU, remaja ke muda ini memang cantik dan lengkap dengan aksesorinya..tahniah buat tuannya yang berjaya mengasuh serama ini hingga menjadi sedemikian rupa..dari gambar diatas, SU percaya serama Lanun ini mampu jauh..dan rekod terdahulu menunjukkan serama lanun ini telah berjaya menggondol tempat pertama dalam kategori anak..ibu kepada remaja ini ada SU paparkan pada tajuk yang lepas iaitu INDUK belunjur..tapi rahsia la yang mana 1 diantara 3 induk itu..

Monday, March 15, 2010

PERTANDINGAN KESENIAN & KECANTIKAN AYAM SERAMA 1 MALAYSIA DI TAMAN TASIK TITIWANGSA 2010

TARIKH: 27 MAC 2010
TEMPAT: DEPAN ASTAKA, TASIK TITIWANGSA KUALA LUMPUR
MASA : 0930 PAGI - 1700 PETANG
HARI : SABTU
PEGADIL: TERENGGANU, KELANTAN DAN UTARA
BAYARAN: RM 40.00

1.HADIAH PEMENANG SETIAP KATEGORI
1.1. PERTAMA RM 300.00
1.2. KEDUA RM 200.00
1.3. KETIGA RM 150.00
1.4. KEEMPAT RM 100.00
1.5. HADIAH SAGUHATI 30% DARIPADA PENYERTAAN BERUPA JAM TANGAN SEIKO

2. HADIAH KATEGORI BEST OF THE BEST
2.1 RM 200.00
2.2 PIALA

3. HADIAH KATEGORI MENDAFTAR AYAM TERBANYAK
3.1 RM 100.00 (UNTUK SEORANG PESERTA SAHAJA)

4. CABUTAN BERTUAH

4.1 HAMPER – 10 HAMPER
4.2 TV 15 INCI - 05 BIJI
4.3 DVD - 05 BIJI
4.4 HP NOKIA BERSAMA PRAPAID - 05 BIJI
4.5 PERIUK NASI - 05 BIJI

5. CABUTAN BONAZA

5.1 MOTORSIKAL JAGUH - SEBUAH SAHAJA
5.2 RM1000.00 - 01 = RM 1000.00
5.3 RM 500.00 - 04 = RM 2000.00
5.4 RM 200.00 - 04 = RM 800.00

6.KATEGORI DI PERTANDINGKAN

1. KATEGORI SERAMA (A)
2. KATEGORI SERAMA (B)
3. KATEGORI SERAMA INDUK
4. KATEGORI SERAMA MUDA – CIRI – CIRI SERAMA MUDA
5. ATEGORI SERAMA REMAJA - CIRI – CIRI SERAMA MUDA
6. KATEGORI SERAMA (ABS) - LAWI TIDAK MELEBIHI PARAS EKOR
7. KATEGORI ANAK A – 100 GRAM KEBAWAH - CIRI – CIRI ANAK A
8. KATEGORI ANAK B – 101 GRAM – 140 GRAM - CIRI – CIRI ANAK B

SYARAT PENYERTAAN:

1. AYAM TIDAK DIBENARKAN LIPAT ATAU BERTANDING 2 KALI
2. AYAM MESTILAH DALAM SANGKAR KECUALI ANAK
3. KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD
4. PENGANJUR TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KEHILANGAN AYAM / HARTA BENDA PESERTA.
5. PENGANJUR BERHAK MEMBATALKAN PENYERTAAN JIKA TERDAPAT PENIPUAN
6. SEBARANG BANTAHAN BOLEH DIBUAT DENGAN SYARAT SETIAP BANTAHAN MESTILAH DISERTAKAN DENGAN WANG TUNAI RM 200.00. WANG TIDAK AKAN DIPULANGKAN SAMA ADA BANTAHAN BERJAYA ATAU TIDAK.
7. SEBARANG BANTAHAN TANPA DISERTAKAN DENGAN WANG TUNAI TIDAK AKAN DILAYAN.
8. JUARA SETIAP KATEGORI LAYAK BERTANDING DALAM BEST OF THE BEST ( KECUALI INDUK & ANAK A / ANAK B)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI: EN JANG - 019-923 0059 DAN EN LEBAI - 012-396 0620

Sunday, March 14, 2010

INDUK BELUNJUR





3 induk di atas adalah induk pembaka teras (induk kandang) di reban SU..nampak belunjur ja 3 ekor induk ini tapi ternyata anak yang terhasil dari induk ini memang puas hati..begini lah ciri2 induk belunjur yang terdapat di reban SU..memang belunjur dan x cantik..ada banyak lagi induk seperti di atas yang SU gunakan dalam proses biak baka (breeding)..ke3 induk ini SU masukkan bersama bapak pembaka utama reban SU iaitu keris patih..jika anda perasan, ada diantara induk yang SU tandakan di bahagian tertentu..tapi jangan risau, semua tu hanya tipu muslihat dan tidak ada makna lain..tapi tanda tu bukan tangkal ajaib tau..hehe