Friday, July 2, 2010

New Friend from Kuwait


SU terharu dan amat berbesar hati dengan kunjungan sahabat serama dari Kuwait bersama dengan isteri beliau..gambar bersama sempat diambil buat kenangan kedua-dua pihak..insyaallah, kita jumpa lagi..

Sunday, June 27, 2010

Anak Betina Lanun




Tinggal 1 ni je anak betina yang ada kat reban..yang lain habis tukar geran..anak betina ni merupakan adik 1 ibu kepada "HERO"..ibu belunjur, tapi anak tarik macam ni..ingat nak buat pelapis induk ganti ibu dia..

Anak B Lanun



Anak B, Anak Keris Patih..kini dah remaja..ekor belum siap..tapi gaya dah ada sekarang..Anak B ini merupakan hasil gabungan Lanun + Tok Uban (limbat)..masih mengekalkan tradisi warna pinang masak tetapi mukanya ada celak putih..

Wednesday, June 23, 2010

Anak A (SOLD OUT)



Anak A, Anak terakhir Keris Patih..kini Keris Patih hanya tinggal nama setelah menemui ajal..dada yang besar dan balung plastik..harap tuan barunya puas hati.

Anak Lanun (SOLD OUT)


Antara anak lanun yang pernah menjadi penghuni reban SU..sudah bertukar milik kepada tuan yang baru..

Thursday, April 29, 2010

ABS - Tanpa Lawi


Buat baka jer bapak ni..dulu2 masa remaja bolehla saguhati kat bon..dada dia SU perhatikan macam bola futsal kalau betul2 tarik dan bergaya..ni gambar yang baru dihantar dari kampung..orang tua sibuk kerja, pakai hantam je ambik gambar ayam ni..dulu chasis dah lari sebab dia selam dan tarik bertubi-tubi..sampai nak jalan pon x boleh dah..pastu senget pula bila berdiri sebab chasis dada dan pinggang dah lari..ikhtiar punya ikhtiar, SU buat urutan tradisional untuk ayam serama, alhamdulillah, sekarang dah kembali bergaya dan sedang dipaksa untuk mengeluarkan benih2 berkualiti darinya..alhamdulillah, bapak ni dah ada zuriat, tapi anak masih kecik dan belunjur..abang pada ayam ni ada di Paka, Terengganu..gaya abang dia selam habis..x dapat abang, dapat adik pon jadilah, janji 1 ibu dan 1 bapak..bukan apa, senang nak cross balik untuk dapatkan macam abang dia yang SUPERB tu..amin..

Sunday, April 25, 2010

Pertandingan Besar Di Kedah pada 3.7.2010

Salam semua, 1 Pertandingan Besar Kesenian dan Kecantikan Ayam Serama Kedah akan diadakan pada 3.7.2010 bertempat di Tebengau, Kedah. Pertandingan ini dianjurkan oleh urusetia group Tebengau seperti game yang lalu pada hujung tahun lepas. Diharap penganjur lain tidak menggunakan tarikh ini kerana segala persiapan untuk pertandingan ini telah pun berjalan dengan baik dan lancar.

Segala urusan pertandingan bolehlah dirujuk pada urusetia penganjuran. Flyers pertandingan akan diuploadkan dalam masa terdekat. Diharap agar semua penganjur tidak menggunakan tarikh ini untuk mengelakkan dari berlakunya pertindihan tarikh pertandingan. Sekian.