Saturday, July 18, 2009

Si labu Gergasi Penang


Si Labu adalah nama besar yang tidak asing lagi bagi peminat ayam serama di seluruh tanah air, walaupun ayam ini sedang meluruh, tuannya masih lagi menaruh harapan yang besar kepadanya untuk menyertai pertandingan di Penang semalam..Si labu telah menggondol tempat ke-2 dalam kategori serama tanpa lawi ABS, Si labu kalah kepada johan katerori tersebut dengan hanya 0.5..walaubagaimanapun, gayanya yang telah memukau para peminat ayam serama di sekitar utara semalam.

Johan Remaja di Penang

Gaya lawan meja dan lincah di atas meja telah membuatkan ayam ini telah menggondol johan kategori serama remaja sekaligus berentap untuk mendapatkan gelaran BEST OF THE BEST!! Tuan kepada ayam ini masih belum dikenalpasti kerana ia merupakan kiriman rakan2 bagi menyertai pertandingan ayam serama di Penang semalam..walaupun aksesorinya belum penuh sepenuhnya, ayam remaja ini masih lagi boleh digelar juara bagi kategorinya kerana gayanya yang lincah di atas meja.

Friday, July 10, 2009

SEMERAH PADI (Din Tmn Malaysia) 0175227996

Salam semua..kali ini serama utara akan membongkar rahsia nama besar yang tidak asing lagi di sekitar utara tanah air..beliau lebih mudah dikenali sebagai Din Taman Malaysia..seperti mana yang semua sedia maklum, penubuhan serama utara adalah bertujuan bagi mempamerkan ayam2serama yang berada di sekitar utara tanah air..jadi, kalau kawan2 berkunjung ke utara, anda tidak akan menyesal kerana anda semua boleh berkunjung dengan puasnya kerana banyak reban yang boleh dilawati. Beberapa gambar telah saya(serama utara) ambil bagi memperkenalkan siapakah sebenarnya hamba allah yang bernama Din Taman Malaysia.
SEMERAH PADI pernah beberapa menjulang gelaran BEST OF THE BEST di dalam pertandingan ayam serama, ayam yang tarik selam sebegini memang "PELURU PADU" abang Din kerana dialah yang menjadi peneman dan sahabat setia abang Din setiap kali menyertai pertandingan ayam serama..selalunya, ayam ini akan berentap dalam kategori TANPA LAWI..kalau berminat, CONTACT terus bang Din..harga bukan penghalang kalau dah minat..saya sampai xmau balik kalu tengok ayam ni.

TRANSFORMERS!! Din tmn MALAYSIA (0175227996)


Transformers nama diberi oleh abang Din, ayam ni baru masuk remaja..gaya ayam ni saya rasa akan memukau sapa sahaja yang melihatnya..semakin lama kita melihatnya, semakin menjadi-jadi dengan gayanya..gaya lonjak dan kuat mengebas adalah kelebihan ayam ni..kalau kawan2 nak tahu, ayam ni dari keturunan Geliga..baka yang cukup tersohor di Kelantan kerana baka ini sungguh kecil..kalau berminat, cepat2 la contact abang Din.

MATA HITAM Serama A (Din Tmn Malaysia) 0175227996

Serama A atau nama timangan nya MATA HITAM yang sinonim dengan matanya yang hitam dan perangai jahatnya di atas meja yang menjadi ayam kesayangan abang din ini adalah hasil kacukan beberapa generasi oleh baka terpilih di reban rumahnya..sapa yang x mahu ayam A yang mempunyai Aksesori yang cantik macam ni, kalau kawan2 perasan, ayam ni dah banyak kalai mendapat no teratas di setiap pertandingan ayam serama di seluruh tanah air. ekor yang panjang, bulu yang kemas dan cantik, warna yang cantik mempuatkan pengadil akan terpukau dengan ayam kecik molek seperti ini..HAAAA, jangan ingat ayam2 di Utara tanah air tidak setanding ayam2 pantai timur..hehehe

Kelabu (Din Taman Malaysia 0175227996)


Ini pula kelabu muda yang sudah sedia untuk masuk "BOND"..1 tahun lepas saya dah memiliki baka kelabu ini dari rumah abang din, baka kelabu ini memang mudah untuk jadi, abang kepada muda ni dah dapat no3 masa pertandingan semperna JUBLI EMAS negeri kedah tahun lepas, kalau berminat apa lagi, cepat2 la contact abang Din..kalau tidak menyesal x sudah!!

Wednesday, July 8, 2009

Pertandingan Serama di Penang


SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS!!
Poster pertandingan ayam serama di Penang pada 18.7.2009 bertempat di tapak ekspo seberang jaya pulau pinang. Kepada semua peminat ayam serama terutamanya di utara dijemput bagi memeriahkan lagi pertandingan ayam serama di utara tanah air. Menang dan kalah bukanlah topik utama, tapi apa yang penting semangat setiakawan dan minat terhadap ayam serama haruslah ditingkatkan.