Thursday, December 29, 2011

Baka Sami



Ada 2 ekor dara, sekor lagi warna kuning air, ni gmbr masa remaja, sekarang dh nk bertelur, yg kuning ada org booked dah...tinggal yg ni je buat pelapis..ni generasi ke 2 sami di reban SU.

Saturday, December 24, 2011

Muda Sami Gila SU( SOLD TGANU)



Sekarang dh masuk muda..mungkin ayam ni SU nk lepas awal tahun depan kalau jadi la..kalau sapa2 berminat boleh la dtg ke rumah nanti..

Tuesday, December 6, 2011

Terra Rossa


Gambar terbaru Terra Rossa, harap2 boleh menjadi seperti abangnya BPR..warna kuning airnya sudah mula nampak..alhamdulillah..

Saturday, December 3, 2011

Terra Rossa dapat saguhati di Perak


alhamdulillah, walaupun sekadar saguhati, tetapi Terra Rossa telah megembirakan SU kerana mendapat saguhati di bond Perak hari ini..ayam ni SU set up untuk buat baka sebenarnya, tapi sambil menyelam kita minum dulu, hehehe...terima kasih kepada Cikgu Lah Vistana kerana menjaga ayam SU dengan baik.

Tuesday, November 29, 2011

Balung Idaman SU dah menjelma





Remaja ni ada SU post dalam beberapa minggu lepas (remaja sami gila SU 1), ni gambar terbaru..bakal digunapakai untuk menjadi pembaka teras tidak lama lagi..target SU untuk 2012 ialah intuk mendapatkan ayam yg hampir sempurna dari pelbagai aspek seperti balung, warna, tubuh, aksesori lain dan sebagainya..SU lebih tumpu ayam berwarna kuning bersih dan merah skrg..

Wednesday, November 23, 2011

Terra Rossa


Anak B ini diberi nama Terra Rossa, adik kepada BPR (Bumi Putera Rockers)

Monday, November 21, 2011

Remaja Sami Gila SU 3 Sold to Terengganu




salam, Remaja sami Gila SU no 2 dan 3 merupakan adik beradik 1 ibu dan 1 bapak yg sama, keluar 1 sarang..atas permintaan yg ramai bertanyakan baka ini untuk dilepaskan, SU dengan rendah hati akan melepaskan remaja no 3 ni..dan kemungkinan hujung minggu ni, SU akan balik sekejap ke Kedah, so kalau sapa2 ingin datang berkunjung, jangan segan silu..byk ayam yg SU nk lelong terutama pembaka dan anak2 kecil..

gambar remaja ni SU uploadkan untuk tuan baru remaja ni..ayam dlm kesejukan selepas dimandikan..