Salam semua..terlebih dahulu, SU ingin memohon jutaan kemaafan jika dalam tempoh masa terdekat ini SU tidak menambah baik blog serama utara..ini kerana SU telah melanjutkan pelajaran di UiTM shah alam kampus puncak perdana..dalam masa terdekat ini, SU telah menerima banyak sms dari rakan2 serama sekitar tanah air, SU memohon maaf jika sms anda tidak dilayan buat sementara waktu ini..sedih juga bila berjauhan dengan ayam2 di rumah..hehe..tapi x mengapa, SU akan kerap pulang melawat reban SU dan penghuni-penghuninya..ayam2 SU kini telah dijaga oleh orang tua SU sendiri yang merupakan orang lama dalam arena serama ini..jadi SU x kesah dan risau sekiranya berjauhan dengan ayam2..buat pengetahuan semua, SU kini memperolehi 3 ekor anak 'A' yang telah menunjukkan ciri2 yang amat baik..dalam sejarah SU dalam arena serama, anak kali ini memang lain dari yang lain..banyak juga rakan2 SU datang melihat anak tersebut..dalam pemerhatian SU, ada lagi 2 induk yang sedang mengeram dan dijangka akan mengeluarkan lagi anak2 yang berpotensi besar dalam arena serama..dikesempatan ini SU ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan2 serama yang banyak memberi tunjuk ajar kepada SU dari mula hingga ke hari ini..mereka adalah saudara Baharom Paka, Cg.Ameran, Sahasdi Perkasa, Pok Nik Perkasa, Mahathir Perkasa, Din Tmn Malaysia, Om Penang, Halim Kemboja, Geng2 serama di kedah, Perlis, Kelantan, terengganu dan seluruh peminat ayam serama di malaysia yang namanya tidak disebut disini..jasa anda tidak akan ku lupakan..sekian..
No comments:
Post a Comment