Wednesday, December 30, 2009

PERTANDINGAN KESENIAN & KECANTIKAN AYAM SERAMA KELANTAN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa negeri Kelantan akan menganjurkan lagi pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama pada tahun 2010 dengan kerjasama anjuran pusat penerangan perlancongan negeri Kelantan bersama kelab KERISMA sempena tahun mengenali negeri Kelantan. Segala butir-butir pertandingan adalah seperti berikut :

Tarikh : 14.02.2010 (chinese new year) (ahad)
Tempat : Taman Orkid Pengkalan Chepa, Kelantan
Yuran : RM50.00
Pengadil : R7

1.0 Hadiah setiap kategori
1.1 Pertama RM500
1.2 Kedua RM300
1.3 Ketiga RM200

2.0 Hadiah Saguhati
2.1 Grill Oven

3.0 Cabutan Bonanza
3.1 RM3000 x 1 peserta
3.2 RM1500 x 1 peserta
3.3 RM1000 x 1 peserta

4.0 Cabutan Bertuah
4.1 RM500 x 1 peserta
4.2 RM100 x 5 peserta
4.3 RM 50 x 10 peserta
4.4 Hamper x 15 peserta

5.0 Hadiah Best Of The Best (RM100)
5.1 Cenderahati Rm150

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
- ayam dalam sangkar kecuali anak
- sebarang penipuan pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan, wang tidak dikembalikan
- keputusan pengadil adalah muktamad
- penganjur tidak bertanggungjawab terhadap harta benda dan keselamatan pesertna sebelum dan selepas pertandingan
- johan kategori serama A, B, ABS, Muda dan Remaja akan berentap untuk gelaran BOTB
- ayam tidak dibenarkan menyertai 2 kategori yang sama

sebarang pertanyaan tentang pertandingan, anda bolehlah menghubungi ABG SOH (019-9385686)

Tuesday, December 15, 2009

Remaja Lanun (BOURGENVILLA)

















Remaja baka LANUN yang SU jangkakan akan mengegar arena pertandingan pada tahun hadapan..dengan menpunyai aksesori yang lengkap dan gaya "lawan meja", ayam ini dijangka mampunyai masa depan yang cerah satu hari nanti..remaja ini kuat berkebas dan kadang kala bergaya sambil mengangkat kakinya sebelah..ayam ini sedarah dengan ayam kuning baharom Paka yang mempunyai gaya lawan meja dan sayap lempar seperti tertera dalam video yang bertajuk penghuni di rebanku, insyaallah SU akan uploadkan videonya kelak..

Sunday, December 13, 2009

Anak Husin + Lanun



Anak A, hasil gabungan dari darah terpilih iaitu dari baka husin 6000 + baka lanun..anak ini sudah pon berkokok dan masih belum diasingkan..tapi ternyata apabila gabungan dari darah yang menjadi, anak ini mempunyai karektor yang dijangka dapat memberi saingan pada 1 hari nanti dalam arena pertandingan..ianya memiliki dada yang terbelah, 1 set kuning bagi aksesorinya dan apa yang penting ialah tengkuk yang panjang dan ciri2 juara..hehe

Tuesday, December 8, 2009

Pembaka Husin SU

Pernah mendapat johan 2 kali kategori anak di kelantan pada awal tahun 2009..kini kuning diraja ini telah ditugaskan menjadi pembaka di reban SU..alhamdulillah, anak kepada pembaka ini menunjukkan ciri2 yang SU mahukan..pembaka ini dikatakan mewarisi baka husin 6000 dan beberapa darah terpilih..SU akan teruskan usaha dalam proses breeding menerusi bapak ini dan beberapa bapak pembaka lain yang turut mewarisi darah juara bagi mengeluarkan produk2 yang berkualiti, insyaallah..

Remaja CG.Putra

Tempat ke 3, Kategori Remaja, Pertandingan di Tebengau Kedah..ayam remaja yg mempunyai gaya lawan meja dimiliki oleh cikgu putera hasil dari kacukan baka Seri Pauh..Seri Pauh merupakan baka kacukan dari saudara bukhari Jitra..buat pengetahuan semua, dah banyak kali baka seri pauh menjulang nama di serata tanah air, bukti terdahulu, abang kepada remaja ini telah menggondol tempat ke-2 pertandingan ayam serama asean di Kelantan..tahniah kepada cikgu putera dan Bukhari..sesiapa yang inginkan baka ini, bolehlah layari blog seramaseripauh.blogspot.com.