Sunday, December 23, 2012

Balung Putus (SOLD OUT)

Anak TR. adik beradik dia sudah tukar geran 3 4 ekor..yg ni balung putus, chasis ada lari sikit, simpan buat baka, ada yg minat ka? Ayam halus..

Sunday, December 16, 2012

SOLD OUT!

Anak A, pure darah Terra Rossa for sale, SU saja nk lepas nk bg kawan2 merasa pulak, x sempat nk tengok ayam, busy dengan kerja, siapa berkenan sms SU..alhamdulillah sekarang ni ayam di reban banyak keluar yang cantik2..rezeki Allah, suka dengar bila kawan2 yg beli ayam SU menjadi, rezeki masing2, banyak ayam nk lepas sekarang ni, x sempat masuk dlm blog, rajin2 mai melawat reban SU..ok..harus di ingat, SU hanya pakai 1 bapak teras pembaka sahaja, iaitu Terra Rossa!

Tuesday, October 16, 2012

Yellow Rose (YR) FOR SALE!

Anak Terra Rossa juga tapi lain ibu dengan BR..SU namakan Yellow Rose seakan nama abg tirinya..dulu masa anak smpai remaja nk jual 400 pun orang xmau sbb belunjur dan dada sekeping....sekarang jangan minta sbb dr kecik smpai besar mmg SU simpan nak buat baka..adik2 abang ni semua laris dipasaran, habis terjual tanpa war-war dalam blog..SU saja snap gambar muda ni tengah mandi sbb nk tnjuk cutting ayam ni, ada baka yg SU keluarkan menjadi dari kecik dan ada juga yang menjadi sewaktu muda..SU boleh katakan ni anak TR yang paling kurang menjadi buat masa sekarang..

Saturday, October 13, 2012

BR adalah jelmaan TR

BlackRose merupakan anak dan jelmaan TerraRossa. Apa yang SU perhatikan dari segi gaya telengnya, tubuh dan aksesori memang ada iras ayahnya.. semalam BR telah menggondol tempat ke 2 dalam kategori muda di game besar Alor Setar dengan menambat hari juri dengan gaya bersahaja 23.5..awal tahun ni masa SU bawa TR ke game pun hasil gayanya tidak menghampakan, sama mcm anaknya 23.5..alhamdulillah, hasil keluaran SU semakin berpotensi, xla segan nk turun game lepas ni jika ada masa lapang.. ada 6 ekor lagi anak TR yg br melihat dunia, 4 diantaranya merupakan 1 ibu dan 1 bapak dengan BlackRose..

Tuesday, October 9, 2012

Anak TR lagi!

Lagi anak TR, nama SU x letak lagi, dr mata SU, anak ini akan jadi cntik, mungkin lebih cantik dari BlackRose, adik beradik yang kuning ni semua dah tukar geran, tinggal yang ni ja, balung rosak kat tengah, ingatka betina, rupa rupanya jantan..simpan buat baka jela..nama x letak lagi, masih memikirkan..kalau ayam selam, br letak nama..kalau x, segan lahhhhh, hehe

Monday, October 1, 2012

Anak Betina TR

Anak betina kepada TerraRossa(TR) dan adik kandung 1 ibu 1 bapak dengan BlackRose (BR), bukan yang ni saja menjadi OK, anak TR dengan induk lain pun menjadi cuma lambat dan cepat, ada beberapa ekor baka yg SU keluarkan sekarang di reban telah tersebar di pelusuk tanah air, mak kepada adik beradik ni bukan cutting selam OK..SU masih buka jualan induk for SALE, ada 3 ekor lagi..SU bukan kaki kencing, kalau SU kata induk kandang tu, faham la mcm mana keluaran produk SU, renung-renungkan..

Sunday, September 30, 2012

Game Serama Di Kedah 13 Oktober 2012

JOM pakat2 mai, game besar lagi 2 minggu, SU mewakili geng Serama Kedah dengan hormatnya mempersilakan semua geng serama di seluruh tanah air dan juga asia bagi memeriahkan lagi pertandingan kali ini. Pertandingan kali ini merupakan anjuran bersama Menara Alor Setar, Kedah dan beberapa badan lain yang ingin mempromosikan lagi dunia seni serama di peringkat antarabangsa..segala urusan dan soal jawap bolehlah terus menghubungi geng Kelab Serama Kedah..SU tinggalkan no tel saudara Ghani Kraftangan untuk dihubungi..0194176090..sekian! p/s: SU masih buka jualan bagi induk kandang (mak kepada icon)

Saturday, September 29, 2012

Mak Icon For Sale

mak kepada icon for sale, masih boleh betelur dengan baik..sms SU jika berkenan.. SU dah jual ayam2 yg lain yg dipromosikan untuk dijual, dan SU hampir2 ditipu oleh seorang pembeli dari Pahang, SU deal harga untuk 2 ekor ayam, pembaka dan remaja, tapi apa yg dibank-in hanya harga pembaka tua, nasib baik hati SU terdetik untuk check akaun bank, kalau x, memang dah ditipu, janganlah kita menipu atau tidak jujur sebab bila kita main benda seni ni, memang susah, jangan harap beli bapak 10k pun kalau hati busuk, xkan menjadi, Allah maha kaya..

Monday, September 17, 2012

Black Rose

Anak Terra Rossa yang sulung SU namakan Black Rose ataupun BR seangkatan dengan nama bapak dia, Black Rose merupakan nama kumpulan rock kapak yang SU suka, hahahaha..ada lg sekor warna kuning adik tiri kepada Black Rose, bapak sama tapi berlainan ibu.. ayam lambat, dulu nk jual 300 pun x laku, tup tup bergaya, dr tengkuk keras, terus sejuk mata bila tengok..apa yg SU kaji dengan baka yg ada kat reban SU ni, ada diantara anak ayam yg jadi masa kecil dan ada juga yg jadi bila masuk muda, sekian!

Tuesday, September 11, 2012

SOLD OUT

induk kandang for sale, nk lepas murah2..

SOLD OUT

cutting cantik buat induk, for Sale jugak, baka syawal + baka terbaik SU..

SOLD OUT

pernah dapat, no 3, chasis ada lari sikit dan ayam saiz a, tapi naik ibu xda masalah, anak keluar cantik2, SU ada plan lain, sebab tu nk lepas murah2.

Friday, August 31, 2012

Sudah Mati- tak sempat nk jual..sorry yer..

For sale, kalau nk sms SU, ni anak bapak sami yg SU mula2 beli kat Lie Daging dulu, skrg tgh buat baka, banyak ibu dah masuk, nk jual sbb ada pelapis lain kat rumah..

Thursday, August 16, 2012

Anak Sulung TerraRossa

lama dah SU x upload gambar, ni gambar terbaru anak Terra Rossa, TR dah jadi pembaka utama reban SU..SU kacuk Tr dgn baka adunan SU sendiri, so dapatla gaya dan cutting mcm ni, baik betina dan jantan, cutting sama ja anak TR ni..SU ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, jemput datang rumah yer..

Monday, July 2, 2012

FOR SALE (SOLD OUT)

Induk sami for sale, tengah betelur sekarang, cutting induk juga, tp tengkuk dia lembut sikit..induk ja jual, telur SU nk simpan..sms kalau berkenan, nk jual murah2..

FOR SALE (SOLD OUT)

Baka uban lama SU, masih diteruskan sbb mmg baka ni menjadi, kelas buat induk, nk jual murah2 gak..

FOR SALE (SOLD OUT)

SMS sy jika berkenan, kelas buat bapak, nk jual murah2 ja ni..nk lelong ayam..

Saturday, June 2, 2012

Anak B Sami Gila Generasi ke 2 (SOLD OUT)

Cucu kepada bapak baka sami lie daging yg SU beli dulu, skrg dah keluar generasi ke 2..ayam dada di atas, br asing seminggu, mula galak sikit..ayam tinggi, kuning merah dan yang penting darah juara mengalir di dalam badan dia..sapa berminat contact SU.

Monday, May 7, 2012

Anak Mario 1 (SOLD OUT)

Anak kepada Mario + induk baka Kodit..adik dia kat bawah no 2. yg best jalan terhoyong hayang.for sale (boleh tanding)

Anak Mario 2 (SOLD OUT)

Anak Kepada mario + induk baka Kodit..for sale (boleh tanding)

Anak Mario 3 (SOLD OUT)

Anak kepada Mario + Mak Ikon. ni kira adik tiri ikon la..cutting tinggi...for sale

Monday, April 23, 2012

New Pic Pembaka Sami (SOLD OUT)

kalau kawan2 minat pembaka sami ni, sms SU, SU nk letgo bapak ni murah2..asal dr reban Mat Yus Gombak

Sunday, April 15, 2012

Muda Sami (SOLD OUT)


Nak jual murah2, sapa nk contact SU, warna kuning air, tengkuk panjang, balung 7 bilah dan x pernah operate..original..SU nk bg ramai geng serama main baka sami lepas ni..

Sunday, April 8, 2012

FOR SALE! 2 JANTAN



Salam, SU ada 2 jantan nk lepas, sekor muda ara dan sekor lg kuning merah ekor kelabu dr baka sami gila..yang kuning merah Su dah guna untuk pembaka dan anak mmg tidak mengecawakan dan gambar anak B dibawah tu ialah anak pada bapak ni..muda ara tu anak kepada Mario, gaya x lekat lagi..cutting tinggi dan slim berdada..banyak jantan kat reban ni, so nk kurangkan sikit sbb dah ada pelapis..kalau sapa berminat contact2 SU jangan segan silu.

Wednesday, April 4, 2012

SOLD OUT



Dah lelong murah2 ajee..

Sunday, April 1, 2012

Anak A Sami Reban SU (SOLD OUT) dan rekod adik beradik TR dan BPR





gambar atas sekali merupakan anak A dr reban SU berketurunan sami gila, alhamdulillah Terra Rossa(TR) mendapat top5 di bond taman orked dlm kategori serama muda dr seratus lebih penyertaan..total jumlah ayam berdaftar semalam ialah melebihi 530 ekor..BPR yg merupakan abang kandung 1 ibu 1 bapak dengan Terra Rossa turun mendapat johan dalam kategori B dan seterusnya dinobatkan BOTB apabila menang dgn undian 4-1..Gambar bawah sekali merupakan BPR masa muda dan yang tengah tu ialah Terra Rossa masa muda..

rezeki kali ini banyak anak ayam menetas keturunan sami gila di reban SU, dan kali ni SU buka jualan kepada kawan2 yg inginkan betina darah reban SU, siapa cepat dia dapat..

Tuesday, March 6, 2012

FOR SALE!


Ayam Remaja for sale, anak kepada Mario dan berketurunan sami gila juga..ayam baru belajar bergaya, cutting mmg cantik, boleh bawa tanding cuma ekor x siap lagi...kalau berminat contact SU, jangan segan silu, SU nk lepas 2 3 ekor jantan lagi..

Saturday, March 3, 2012

Terra Rossa (TR) Johan Muda di Sungai Petani





Terra Rossa (TR)johan muda di sungai petani semalam dengan gaya tarik teleng..tidak ketinggalan abang kandungnya iaitu BPR turut mendapat johan dalam kategori B dan seterusnya dinobatkan sebagai BOTB..

Wednesday, February 29, 2012

Anak Betina Kepada Bapak Sami Di Bawah




Anak betina sami gila..simpan nak buat induk..bapak sami tua SU pun dh jual 3 hari lepas..bukan apa, SU dh ada pewaris, so biar kawan2 merasa juga baka tu..

Tuesday, February 21, 2012

Bapak Kepada Remaja Di Bawah (Sami)



Ni la antara Pemkaba kat reban SU, ayam slim tengkuk keras, x selam..buat bapak, tp alhamdulillah, ada keluar yg cantik..amin.

Saturday, February 18, 2012

Remaja Sami Ekor Kelabu for Sale



Remaja Sami Gila ekor kelabu for sale, jika berminat contact SU segera..elok buat baka, ayam belunjur jer..

Wednesday, February 15, 2012

Cucu Ikon SOLD OUT





Baru sahaja terjual..cucu kepada ikon, bapak ayam ni pernah mendapat no 3 di Game Langkawi..ayam ni dah mula bergaya, sayap lempar..harap tuan barunya berpuas hati..