Sapa kata balung Lanun besar?? eksperimen SU berhasil dengan jayanya mengeluarkan Lanun balung halus..gaya pon boleh tahan juga ayam ni..ni Anak Bourgenvilla yg diberi nama Si Tenggang.
Remaja ini x pulang dengan tangan kosong apabila mendapat No.6 kategori serama remaja di Tmn Orkid dari 78 penyertaan dan turut mendapat cabutan bertuah..alhamdulillah
Gambar bawah sekali ialah BOTB Tasik Titiwangsa dan 2 gambar di atasnya merupakan anak kepada BOTB tersebut dan kini berada di reban SU sebagai pembaka.
Anda tafsir dan nilai sendiri pembaka SU ini..kuat mengebas dan kadangkala tarik hingga paruh letak di dada..ramai orang melamar anaknya yang belunjur, tapi sy x berhajat nak jual, harap maaf..
P/S: Organizer Sik Group memohon agar semua peminat ayam serama untuk datang awal kerana pertandingan akan dijalankan pada awal pagi pukul 10.00 kerana cuaca yang tidak menentu di sebelah petang..harap maklum..kerjasama anda amatlah dihargai..