Wednesday, July 1, 2009

memori 10 tahun lalu (aiman)


memori 10 tahun lalu masih lagi dijaga dengan rapi..ini hanya sebahagian dari hasil piala yang diperolehi oleh saya sendiri sewaktu bermumur 12 tahun..yang paling tinggi tu saya dapat di KL semasa menyertai pertandingan ayam serama terbuka Asia..alhamdulillah ayam saya dapat no2 kategori induk..banyak piala dan piuter yang rosak..ni ja yang tinggal sebagai kenangan memori

champion jerai


ayam ni bertuankan orang yang sama seperti ayam tok uban di bawah..kalau kawan2 nak tau, abang kod kita ni banyak ayam2 cantik..ayam ni x pernah dimandikan, sebab tu la bulu dia nampak macam ni..kalau mandi, siap segak la jadinya..ayam ni baru nak mari perangai dan galak nak ibu..dengar kata dari sembang2, ayam ni kalau kena reganya(RM), abang kod kita nak lepas, so sapa cepat dia dapat la..banyak juga pemain cina yang datang ke rumah Kod dan saya mencari ayam, tapi abang kod masih hold dulu..

Bapak kepada anak di bawah (Kod tokey udang 0134603518)


nah!! mari kira tengok sama-sama..kalau kawan nak tau, ini la bapak kepada anak di bawah..sure la ayam ni dari baka TOk Uban..balung ja kasar sikit, ayam ni masa kecik saya tengok x cantik langsung, badan panjang macam lori, tapi ni la hasinya, semakin tua semakin tarik..dah la ada getaran asmara di tengkuk, naik ibu pon kejap..kepada sesiapa yang ragu-ragu dengan tok uban masing2, usahla risau kerana inilah jawapan yang patut anda fikirkan..kalau nak dan berminat dengan baka abng kod yang gagah perkasa kita ni, boleh la contact dia dengan nombor yang tertera dia atas..siapa cepat dia dapat!!

serama jerai emas gurun (kod tokey udang)



haaaa, ni best..petang tadi saya ada p rumah abang kod kita ni..saja ja pi cuci mata petang2, alamaklumlah kat area gurun banyak awek2 cun..hahhaha..xdalah..ni merapu la..dah lama saya x jenguk reban si abang kod kita ni..jadi ni la hasilnya ayam2 abang kod..abang kod lebih suka main baka tok uban..tengok la hasil dari kesabaran dan kesungguhan abng kod, anak tok ubang yang dia buat jadi macam ni la..dah dapat generasi ke 2.. dapat sepasang..apa pendapat anda semua?? yang jantan tu turun ikut warna ibu dia.. ibua dia tok uban warna kuning.. mungkin dah banyak adun..jadi macam tu la..bukan nak kata, memang terpegun saya tengok gaya 2 ekor CEKONET ni.. geram saya dibuatnya..yang jantan pulak kira bekepak ja, x tahan dibuatnya.

Serama Cikgu Lah (Guar Chempedak)


kalau kawan2 nak tau, ini merupakan ayam cikgu Lah..rumahnya dengan rumah tok saya memang dekat, bertentagan ja..petang2 kalau xda buat apa, rumah cikgu lah la jadi sasaran geng serama di sekitar gurun..jadi apa lagi, saya pon ambik la 1 gambar buat tatapan umum. ayam ni bulu cantik, berkilat..rasanya cikgu jarang ajar ayam ni di atas meja sebab dia masih kekok untuk begaya di atas meja..tapi kalau dalam sangkat, dia la raja.

Jet Diberi Nama oleh Cikgu Putera


like father like son kata cikgu putera..inilah peluru cikgu putera, ayam warna ara ni pernah mendapat top3. tengoklah aksesori ayam ni, bulunya berkilau. cantik sungguh..kalau berminat ambik no ni sekali 0195677227..kalau nak puaskan hati kawan-kawan, terus ja masuk pekan changloon tengok live ayam-ayam cikgu putera..sayang x sayang cikgu putera dengan ayam dia sampai simpan dalam rumah la..
sorry cikgu, melawak kawan2..

Raja Serama Di Changloon!!


seperti anda sedia maklum, tujuan utama Serama Utara diwujudkan ialah untuk mempamerkan ayam-ayam yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman. Kalau anda berkunjung ke Negeri Kedah untuk menyertai pertandingan, anda wajib mengenali tuan ayam ini iaitu Cikgu Putera. kalau kawan-kawan berminat dengan ayam ni, bolehlah hubungi cikgu putera ditalian 0195677227..ayam ni pernah dapat saguhati semasa menyertai pertandingan di Kota Bharu.