Friday, July 10, 2009

TRANSFORMERS!! Din tmn MALAYSIA (0175227996)


Transformers nama diberi oleh abang Din, ayam ni baru masuk remaja..gaya ayam ni saya rasa akan memukau sapa sahaja yang melihatnya..semakin lama kita melihatnya, semakin menjadi-jadi dengan gayanya..gaya lonjak dan kuat mengebas adalah kelebihan ayam ni..kalau kawan2 nak tahu, ayam ni dari keturunan Geliga..baka yang cukup tersohor di Kelantan kerana baka ini sungguh kecil..kalau berminat, cepat2 la contact abang Din.

MATA HITAM Serama A (Din Tmn Malaysia) 0175227996

Serama A atau nama timangan nya MATA HITAM yang sinonim dengan matanya yang hitam dan perangai jahatnya di atas meja yang menjadi ayam kesayangan abang din ini adalah hasil kacukan beberapa generasi oleh baka terpilih di reban rumahnya..sapa yang x mahu ayam A yang mempunyai Aksesori yang cantik macam ni, kalau kawan2 perasan, ayam ni dah banyak kalai mendapat no teratas di setiap pertandingan ayam serama di seluruh tanah air. ekor yang panjang, bulu yang kemas dan cantik, warna yang cantik mempuatkan pengadil akan terpukau dengan ayam kecik molek seperti ini..HAAAA, jangan ingat ayam2 di Utara tanah air tidak setanding ayam2 pantai timur..hehehe

Kelabu (Din Taman Malaysia 0175227996)


Ini pula kelabu muda yang sudah sedia untuk masuk "BOND"..1 tahun lepas saya dah memiliki baka kelabu ini dari rumah abang din, baka kelabu ini memang mudah untuk jadi, abang kepada muda ni dah dapat no3 masa pertandingan semperna JUBLI EMAS negeri kedah tahun lepas, kalau berminat apa lagi, cepat2 la contact abang Din..kalau tidak menyesal x sudah!!

Wednesday, July 8, 2009

Pertandingan Serama di Penang


SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS!!
Poster pertandingan ayam serama di Penang pada 18.7.2009 bertempat di tapak ekspo seberang jaya pulau pinang. Kepada semua peminat ayam serama terutamanya di utara dijemput bagi memeriahkan lagi pertandingan ayam serama di utara tanah air. Menang dan kalah bukanlah topik utama, tapi apa yang penting semangat setiakawan dan minat terhadap ayam serama haruslah ditingkatkan.

Anak bapak Jet (jenerasi ke2)



Sekarang ni saya dah mula kembali ke alam kampus..kadang2 boring juga dan rasa nak balik rumah ja sebab rindu kat ayam2 huduh saya..banyak juga rakan2 yang tanya pasai ayam baka jet ni, so untuk tidak menghampakan kawan2, saya minta cikgu putera untuk send gam bar anak generasi ke 2 baka jet..tengok la anak ayam ni x padan dengan kecik dah mula bergaya macam abang2nya yang lain..kalau sapa2 berminat, boleh la SMS @ call cikgu putera 0195677227 kalau X salah saya, abang kepada si cilik ni dah berjaya meraih johan kategori remaja dan muda di pertandingan alor setar yang lalu..

Sunday, July 5, 2009

Bapak kepada Jet

Beberapa hari yang lepas, saya ada mempamerkan beberapa ekor ayam dari reban cikgu putera. Untuk membuktikan bahawa kata kata cikgu putera "LIKE FATHER LIKE SON", inilah buktinya yang nyata dan sahih..dari cutting badan, gaya, aksesori memang saling tak tumpah dengan bapaknya. Banyak lagi ayam-ayam cikgu putera yang masih belum saya pamerkan, harap bersabar.

Rebanku


Kali ini saya nak berkongsi dengan kawan2 semua tentang reban saya yang x seberapa. Kalau kawan2 datang ke rumah untuk melawat, inilah reban yang saya gunakan untuk meletakkan ayam2 saya tang x seberapa. Konsep ini jugalah saya gunakan semasa membela serama 10 tahun yang lalu.