Wednesday, September 30, 2009

Baka Man Terengganu( Man Dagangan)

Kali ini saya pamerkan baka seorang penternak ayam yang tersohor nun jauh di kuala terengganu..siapa yang x kenal dengan abang man terengganu ataupun man dagangan..bagi memenuhi permintaan ramai, serama utara dengan bangganya mempersembahkan baka dari reban abang man dagangan.


Pernah anda lihat ayam ini? serama utara dengan bangganya diberi peluang untuk mempamerkan ayam ini buat tatapan ramai..pernah mendapat gelaran johan di arena pertandingan beberapa bulan yang lalu di terengganu..sebenarnya ayam ini telah ramai yang merisik..dari terengganu, kelantan, kuala lumpur semua bertanyakan tentang ayam ini..dengan mempunyai gaya selam dan aktif di atas meja, memang tidak disangkal lagi bahawa baka ayam abang man terengganu memang terbaik..harga ayam ini ialah RM5ooo..jika anda berminat, silalah hubungi partnership abang man iaitu saudara Nawawi 0125157432..







Ayam dari baka Husin ini juga original dari baka abang Man dan dihasilkan dari reban beliau sendiri..tetapi belum siap sepenuhnya..untuk pengetahuan ramai, ayam abang man bukanlah terletak pada harga, tapi kualiti bakanya yang tidak dapat dinafikan lagi..mungkin kepada breeder lama yang telah lama mengikuti bloodline abang man mungkin dah arif tentang ayamnya..tidak hairanlah ayam yang dibeli dari reban abang man senang untuk jadi..ini kerana abang man bukanlah peminat ayam serama semata-mata, bagi saya abang man bolehlah diiktiraf sebagai pengkaji ayam serama malaysia..merah ini pon sama, sudah banyak kali telah dilamar oleh peminatnya, kata partnership bang man iaitu nawawi, biarlah baka abang man tersebar di seluruh pelusuk tanah air( biar samarata merasai nikmat serama)..harga ayam ini ialah RM4000..silalah hubungi Nawawi 0125157432...jika anda berminat..

1 comment:

  1. cantik... mmg tak dinafikan baka dari breeder tersohor ktrg..

    ReplyDelete