Friday, July 24, 2009

Din Taman M'sia Alor Setar



Serama muda milik abang Din taman Malaysia ini baru berjinak2 untuk menyertai Bond2 di seluruh Malaysia..saya sudah menyaksikan kehebatan ayam ini di atas meja sewaktu minum petang di rumah abng din tempoh hari..gaya pacakan yang tegap dan kuat bergebas menyerlahkan lagi personaliti ayam ini yang akan bergelar juara satu hari nanti..
ini pula hanya selingan gambar induk untuk tatapan semua..induk sebeginilah yang menjadi teras pembaka yang digunakan di reban abang din..jika anda berminat dengan induk sebegini untuk dibuat baka @ pertandingan, bolehlah contact abang Din di talian 0175227996..

Wednesday, July 22, 2009

Gegaran Terbaru!!


Untuk tidak menghampakan kawan2 semua yang banyak bertanyakan tentang gegaran saya, inilah sedikit sebanyak yang boleh dipertontonkan..ayam ini baru masuk remaja sudah mula bergaya di atas meja..nama kepada ayam ini belum diberi..remaja ini sangat aktif dan ada gegar di lehernya..insyaallah, saya akan uploadkan video remaja ini bila ada kelapangan.

Sunday, July 19, 2009

Pertandingan Serama Di Penang

Lebih dari 200 peserta dan peminat ayam serama telah menyertai pertandingan ayam serama yang dianjurkan oleh kelab Serama Mas Utara semalam..syukur kehadrat ilahi kerana tanpa izinnya pertandingan ayam serama semalam mungkin tidak akan berjaya dengan jayanya..cuaca yang baik, vanue dan sambutan yang menggalakan terhadap pertandingan ini sedikit sebanyak telah menaikkan semula maruah dan martabat ayam serama di mata masyarakat sekaligus telah mempromosikan ayam serama di seluruh pelusuk tanah air..tahniah kepada Kelab Serama Mas Utara kerana telah mengganjurkan pertandingan ayam serama semalam dengan jayanya..


lihatlah aksi para pengadil Perkasa dari Kelantan mengadili ayam serama dengan penuh fokus dan teliti..bukan senang untuk mengadili sesuatu perkara terutamanya dengan penganjuran yang sedemikian..pengadilan yang telus dan saksama merupakan tulang belakang bagi memartabatkan ayam serama di mata dunia..tuntasnya, kita haruslah menyokong semua pihak bagi menaikkan semula nama Serama di mata dunia seterusnya menjadikan ayam serama sebagai Ikon negara kerana ayam serama hanya terdapat di Malaysia sahaja..kita haruslah menghargainya.

Best OF The Best Penang!!


Gelaran yang cukup adil bagi serama ini iaitu BOTB!! ayam ini merupakan johan dari kategori ABS sekaligus merangkul gelaran Best Of the Best!! aksesori yang sungguh perfect dan gaya lawan meja yang dipamerkan ayam ini memang adil baginya untuk merangkul geralaran BOTB..bagi saya, ayam ini mempunyai peluang dan masa depan yang cerah kerana sifat dan perangainya yang agkuh ketika ia berhadapan dengan lanser kamera dan orang ramai..

Saturday, July 18, 2009

Si labu Gergasi Penang


Si Labu adalah nama besar yang tidak asing lagi bagi peminat ayam serama di seluruh tanah air, walaupun ayam ini sedang meluruh, tuannya masih lagi menaruh harapan yang besar kepadanya untuk menyertai pertandingan di Penang semalam..Si labu telah menggondol tempat ke-2 dalam kategori serama tanpa lawi ABS, Si labu kalah kepada johan katerori tersebut dengan hanya 0.5..walaubagaimanapun, gayanya yang telah memukau para peminat ayam serama di sekitar utara semalam.

Johan Remaja di Penang

Gaya lawan meja dan lincah di atas meja telah membuatkan ayam ini telah menggondol johan kategori serama remaja sekaligus berentap untuk mendapatkan gelaran BEST OF THE BEST!! Tuan kepada ayam ini masih belum dikenalpasti kerana ia merupakan kiriman rakan2 bagi menyertai pertandingan ayam serama di Penang semalam..walaupun aksesorinya belum penuh sepenuhnya, ayam remaja ini masih lagi boleh digelar juara bagi kategorinya kerana gayanya yang lincah di atas meja.

Friday, July 10, 2009

SEMERAH PADI (Din Tmn Malaysia) 0175227996

Salam semua..kali ini serama utara akan membongkar rahsia nama besar yang tidak asing lagi di sekitar utara tanah air..beliau lebih mudah dikenali sebagai Din Taman Malaysia..seperti mana yang semua sedia maklum, penubuhan serama utara adalah bertujuan bagi mempamerkan ayam2serama yang berada di sekitar utara tanah air..jadi, kalau kawan2 berkunjung ke utara, anda tidak akan menyesal kerana anda semua boleh berkunjung dengan puasnya kerana banyak reban yang boleh dilawati. Beberapa gambar telah saya(serama utara) ambil bagi memperkenalkan siapakah sebenarnya hamba allah yang bernama Din Taman Malaysia.
SEMERAH PADI pernah beberapa menjulang gelaran BEST OF THE BEST di dalam pertandingan ayam serama, ayam yang tarik selam sebegini memang "PELURU PADU" abang Din kerana dialah yang menjadi peneman dan sahabat setia abang Din setiap kali menyertai pertandingan ayam serama..selalunya, ayam ini akan berentap dalam kategori TANPA LAWI..kalau berminat, CONTACT terus bang Din..harga bukan penghalang kalau dah minat..saya sampai xmau balik kalu tengok ayam ni.