Sunday, July 19, 2009

Pertandingan Serama Di Penang

Lebih dari 200 peserta dan peminat ayam serama telah menyertai pertandingan ayam serama yang dianjurkan oleh kelab Serama Mas Utara semalam..syukur kehadrat ilahi kerana tanpa izinnya pertandingan ayam serama semalam mungkin tidak akan berjaya dengan jayanya..cuaca yang baik, vanue dan sambutan yang menggalakan terhadap pertandingan ini sedikit sebanyak telah menaikkan semula maruah dan martabat ayam serama di mata masyarakat sekaligus telah mempromosikan ayam serama di seluruh pelusuk tanah air..tahniah kepada Kelab Serama Mas Utara kerana telah mengganjurkan pertandingan ayam serama semalam dengan jayanya..


lihatlah aksi para pengadil Perkasa dari Kelantan mengadili ayam serama dengan penuh fokus dan teliti..bukan senang untuk mengadili sesuatu perkara terutamanya dengan penganjuran yang sedemikian..pengadilan yang telus dan saksama merupakan tulang belakang bagi memartabatkan ayam serama di mata dunia..tuntasnya, kita haruslah menyokong semua pihak bagi menaikkan semula nama Serama di mata dunia seterusnya menjadikan ayam serama sebagai Ikon negara kerana ayam serama hanya terdapat di Malaysia sahaja..kita haruslah menghargainya.

No comments:

Post a Comment