Friday, July 24, 2009

Pembaka berkualiti??

Bagaimanakah teras pembaka di rumah anda semua?? Adakah anda mementingkan darah/genetik? cutting?? dan sebagainya?? Bagi pendapat saya, genetik@darah amatlah penting bagi mengeluarkan baka serama yang berkualiti..ini kerana persamaan diantara genetik ayam serama yang sama akan memudahkan lagi pengeluaran baka yang berpotensi untuk menjadi juara..hasil daripada "Sembang Petang"bersama rakan2, ada yang menyatakan dan percaya bahawa mereka lebih cenderung kepada ayam yang sudah mendapat gelaran juara dan sebagainya..hasilnya, daripada ujikaji yang mereka lakukan, serama berkualiti @ Gaya lawan meja tidak dapat dihasilkan..ini adalah pendapat masing2 dalam penternakan ayam serama ini..terpulanglah kepada anda semua untuk menggunkan kaedah yang anda pilih bagi mengelurkan serama yang berkualiti..10 tahun lalu, saya telah berkecimpung dalam arena serama dan telah mencuba untuk mengelurkan serama berkualiti tetapi hasinya gagal kerana pada masa itu saya hanya melihat kepada ayam yang cantik dan telah menjuarai pertandingan walaupun ayam itu berlainan genetik.. lantas semangat serama telah padam dalam diri saya..kepada peminat serama yang baru berkecimpung semula dalam dunia serama, saya sarankan sepaya banyak bertanyakan kepada sifu2 yang telah lama berkecimpung dalam arena serama ini..mereka tidak akan lokek dalam membantu kita bagi menghasilkan serama yang berkualiti..rajin2lah melawat reban2 sifu di sekitar malaysia..selamat maju jaya..


Disini merupakan beberapa genetik/baka yang berkualiti sebagai info:
1.husin kijang emas
2.limbat
3.2000
4.6000
5.Robot
6.raja gegar
7.Nik Rashid(geliga)
8.baka mat awang

No comments:

Post a Comment