Saturday, August 1, 2009

Muda Sufian Pendang (0134451076)

Pak Abu dan anaknya Sufian sudah tidak asing lagi bagi peminat ayam serama sekitar utara tanah air, kedua-duanya berkongsi minat yang sama..semasa kunjungan saya ke rumah sufian dan pak abu tempoh hari, saya kelam mata dibuatnya apabila disajikan dengan puluhan ekor serama yang berkualiti di reban mereka..memang sungguh terpesona melihat gelagat dan kelibat serama di reban mereka..apa yang dapat dipertontonkan kepada semua ialah ayam2 yang telah saya pilih untuk tatapan..serama muda ini cukup cantik dan bergaya di atas meja..aksesori yang TIP TOP memang menunjukkan bahawa ayam ini mempunyai peluang yang cerah di pertandingan..untuk pengetahuan semua, serama muda ini masih belum dibawa menyertai pertandingan kerana baru siap sepenuhnya..ayam ini mempunya gegar di lehernya pabila bergaya..jika berminat, hubingilah en.sufian..






ini pula gambar anak yang terdapat di rumah saudara sufian yang sempat saya ambil..rasanya harga boleh dirunding jika anda berminat dengan baka pak abu dan sufian..banyak induk dara yang bergetar..






Sistem reban yang menggunakan eletrik bagi menyalurkan cahaya kepada ayam apabila pada waktu malam dan cuaca yang sejuk..reban pak abu dan saudara sufian memang KELAS dan mempunyai kualiti yang baik bagi memlihara serama mereka..contoh sedemikian bolehlah digunapakai bagi anda yang ingin membela serama..

No comments:

Post a Comment