Thursday, February 25, 2010

Pembaka Lanun (Keris Patih)







Pembaka lanun (1) yang SU gunakan sebagai pembaka teras di reban SU..ternyata bapak ini bukan saja hebat bergaya di meja, malah anak2 kepada bapak lanun ini turut mengikut jejak langkahnya..gaya bapak ini telah menarik minat ramai serama di sekitar utara bagi memperolehi bakanya kerana gaya kebas bertubi-tubi, angkat kaki ketika bergaya, gegar, jalan seperti robot dan susur galur darah pahlawan yang tidak dapat dinafikan lagi..Keris Patih mempunyai susunan ekor yang cantik (susun sireh), kaki dan paha yang halus serta kecil..bapak ini SU gunakan sebagai pembaka teras kerana beberapa faktor yang SU percaya dapat membantu SU mencapai target dalam arena serama..induk2 yang SU gunakan tidak bergaya seperti bapak ini, tetapi anaknya alhamdulillah menjadi..SU akan uploadkan gambar anak Keris Patih iaitu "Chendana" dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment