Monday, March 29, 2010

APA ITU SERAMA BAKA LANUN?




2 post gambar di atas sempat Su ambik semasa berada di pertandingan ayam serama anjuran AD serama farm baru-baru ini.. gambar di atas merupakan johan serama a dan ianya adalah kepunyaan saudara baharom paka..gaya sebegini memang menjadi idaman setiap peminat ayam serama..tahniah SU ucapkan kepada saudara baharom paka kerana memenangi johan kategori serama A..

Kali ini SU akan berkongsi maklumat tentang salah silah keturunan serama baka lanun..apa itu baka lanun? Ini yang menjadi persolan kepada peminat ayam serama..nama atau gelaran lanun adalah terhasil atau datang dari sudara baharom paka sendiri..gelaran lanun diberi berdasarkan beberapa faktor atau ciri-yang terdapat pada ayam serama keluaran atau hasil R&D beliau melalui beberapa kaedah yang memakan masa sehingga berjaya menghasilkan produk yang diberi gelaran lanun..lanun diberi berdasarkan cirri-ciri seperti kepala balung yang besar sehinggakan menutup sebelah mata ayam serama itu..tetapi ini hanya terdapat pada bapak teras di reban beliau suatu ketika dahulu..selain itu, gelaran lanun juga diberi kerana bapak pembaka tersebut amat jahat dengan perangainya kerana apabila ia dilepaskan ke tanah, ia akan berlari mematuk kaki pengunjung dan tuannya sendiri seolah-olah ianya marah dengan manusia.. itulah kelebihannya..SU juga mengalami keadaan itu apabila melawat reban serama paka kira-kira 3 tahun yang lalu..hasil dari keluaran bapak lanun itulah, terhasilnya anak-anak serama yang mempunyai gaya yang jahat dan lawan meja di arena pertandingan. Fakta ini disokong dengan beberapa bukti yang kukuh seperti baka Lanun telah mendapat gelaran BOTB di seluruh tanah air tidak kira di utara, selatan, dan pantai timur.

kini, SU telah mengorak langkah bagi meneruskan baka lanun bersama saudara baharom paka bagi memertabatkan serama Malaysia..

No comments:

Post a Comment