Saturday, March 20, 2010

Remaja Lanun Terbaik!!



Alhamdulillah, lega rasanya bila produk dari rumah yang telah lepas ke tangan peminat serama lain telah menjadi dan membanggakan..inilah hasilnya produk dari reban SU yang telah berpindah milik pada tuannya yang baru..SU baru dapat MMS serama ini dari kenalan serama dari selatan..patutlah tuan barunya beria-ia sangat ajak SU ke rumahnya..dari mata SU, remaja ke muda ini memang cantik dan lengkap dengan aksesorinya..tahniah buat tuannya yang berjaya mengasuh serama ini hingga menjadi sedemikian rupa..dari gambar diatas, SU percaya serama Lanun ini mampu jauh..dan rekod terdahulu menunjukkan serama lanun ini telah berjaya menggondol tempat pertama dalam kategori anak..ibu kepada remaja ini ada SU paparkan pada tajuk yang lepas iaitu INDUK belunjur..tapi rahsia la yang mana 1 diantara 3 induk itu..

No comments:

Post a Comment