Monday, August 10, 2009

Remaja Om Penang


Salam semua, terelebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana mendiamkan diri buat seketika atas sebab banyak urusan yang perlu dikendalikan..hari jumaat yang lalu, saya telah berkunjung ke rumah Om penang kerana sudah lama tidak bertemu mesra dengan beliau..sy telah dihidangkan dengan beberapa ekor ayam beliau yang bagi saya boleh memecah kebuntuan di arena pertandingan kelak..remaja All Black dari kepala hingga ke kaki ini menampakkan ciri2 yang cukup baik di atas meja..mungkin sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Om Penang..0125518070..

Sunday, August 2, 2009

Tok Bedak (wan K)


Amacam dengan anak A ni?? Ada berminat dengan Tok Bedak ni?? anak ketegori A ini telah menunjukkan ciri juara satu masa nanti dalam arena pertandingan aym serama..kalau anda semua nak tahu, TOK BEDAK ini telah dibeli oleh saudara Wan K dari sahabat baik SU dan Wan K iaitu Amir Zayyani..anak generasi pertama ini merupakan hasil gabungan Accapan yang bertengkuk S dan ibu yang terpilih dari Dungun..untuk pengetahuan semua lagi, anak A ini tidak akan dijual kepada sesiapa kerana inilah harapan ayam serama di utara...saya akan update video gambar anak a ini dalam masa yang terdekat jika ada kelapangan kerana ayam ini mempunyai ciri2 tarik kebas bertubi-tubi di atas meja.

Saturday, August 1, 2009

Muda Sufian Pendang (0134451076)

Pak Abu dan anaknya Sufian sudah tidak asing lagi bagi peminat ayam serama sekitar utara tanah air, kedua-duanya berkongsi minat yang sama..semasa kunjungan saya ke rumah sufian dan pak abu tempoh hari, saya kelam mata dibuatnya apabila disajikan dengan puluhan ekor serama yang berkualiti di reban mereka..memang sungguh terpesona melihat gelagat dan kelibat serama di reban mereka..apa yang dapat dipertontonkan kepada semua ialah ayam2 yang telah saya pilih untuk tatapan..serama muda ini cukup cantik dan bergaya di atas meja..aksesori yang TIP TOP memang menunjukkan bahawa ayam ini mempunyai peluang yang cerah di pertandingan..untuk pengetahuan semua, serama muda ini masih belum dibawa menyertai pertandingan kerana baru siap sepenuhnya..ayam ini mempunya gegar di lehernya pabila bergaya..jika berminat, hubingilah en.sufian..






ini pula gambar anak yang terdapat di rumah saudara sufian yang sempat saya ambil..rasanya harga boleh dirunding jika anda berminat dengan baka pak abu dan sufian..banyak induk dara yang bergetar..






Sistem reban yang menggunakan eletrik bagi menyalurkan cahaya kepada ayam apabila pada waktu malam dan cuaca yang sejuk..reban pak abu dan saudara sufian memang KELAS dan mempunyai kualiti yang baik bagi memlihara serama mereka..contoh sedemikian bolehlah digunapakai bagi anda yang ingin membela serama..

Best of the Best Sufian Pendang (0134451076)

Best Of the Best ini juga merupakan ayam kesayangan saudara Sufian apabila ianya telah merangkul gelaran Best of the best semasa menyertai pertandingan ayam serama anjuran Laman Serama di Seberang jaya Pulau Pinang pada bulan 6 yang lalu..gaya ayam ini semasa berentap untuk gelaran BOTB telah memukau semua peminat ayam serama kerana apabila ianya bergaya, ia akan melompat seolah-olah ianya menari di atas meja..pada kunjungan ke rumah saudara Sufian tempoh hari, ayam ini kurang sihat dan baru sahaja sembuh..walaupaun begitu, ianya masih lagi bergaya di lansar kamera saya apabila bergambar..

Remaja Sufian Pendang (0134451076)


Remaja yang baru belajar untuk begaya di atas meja ini mempunyai ciri2 juara 1 hari nanti..aksesori yang cantik dan bulu yang kemas menampakkan bahawa ayam ini mempunyai masa depan yang cerah dalam arena pertandingan..ayam remaja ini masih dalam latihan dan belum pernah menyertai pertandingan..jika berminat, silalah hubungi saudara Sufian..

Sunday, July 26, 2009

Hasil Dari Baka Berkualiti



Inilah hasil dan bukti dari apa yang dikatakan dari pembaka yang berkualiti iaitu genetik yang baik..gambar hiasan ini adalah dari reban abang Baharom ketika saya melawati rebanya awal tahun ini..ayam ini telah merangkul BOTB semasa di Perlis dan KL..saya amat setuju dengan Cikgu Mie Keris dari terengganu yang menyatakan bahawa baka yang terpilih amatlah penting dalam process Breeding..sepertimana yang kita ketahui, process breeding terbahagi kepada 2 iaitu OUTcross dan Incross breeding..dan ayam yang cantik bukanlah datang dari percubaan breeding yang 1st..sekurang kurangnya 3 generasi yang mungkin akan memakan masa..kita boleh mengatakan bahawa ciri2 bapak dan induk amatlah penting dan boleh mendapatkan hasil yang TIP TOP dalam percebaan pertama, tetapi ianya mungkin nasib yang datang dalam nisbah 1/100..kalau anda tidak percaya, rajin2 la bertanya kepada sifu2 yang mempunyai nama yang besar dalam arena serama seperti Nik rashid, Mat Awang dan sebagainya..sama2 lah kita mencuba mengeluarkan serama yang dikatakan sebagai "gaya lawe mejo"..

Friday, July 24, 2009

Pembaka berkualiti??

Bagaimanakah teras pembaka di rumah anda semua?? Adakah anda mementingkan darah/genetik? cutting?? dan sebagainya?? Bagi pendapat saya, genetik@darah amatlah penting bagi mengeluarkan baka serama yang berkualiti..ini kerana persamaan diantara genetik ayam serama yang sama akan memudahkan lagi pengeluaran baka yang berpotensi untuk menjadi juara..hasil daripada "Sembang Petang"bersama rakan2, ada yang menyatakan dan percaya bahawa mereka lebih cenderung kepada ayam yang sudah mendapat gelaran juara dan sebagainya..hasilnya, daripada ujikaji yang mereka lakukan, serama berkualiti @ Gaya lawan meja tidak dapat dihasilkan..ini adalah pendapat masing2 dalam penternakan ayam serama ini..terpulanglah kepada anda semua untuk menggunkan kaedah yang anda pilih bagi mengelurkan serama yang berkualiti..10 tahun lalu, saya telah berkecimpung dalam arena serama dan telah mencuba untuk mengelurkan serama berkualiti tetapi hasinya gagal kerana pada masa itu saya hanya melihat kepada ayam yang cantik dan telah menjuarai pertandingan walaupun ayam itu berlainan genetik.. lantas semangat serama telah padam dalam diri saya..kepada peminat serama yang baru berkecimpung semula dalam dunia serama, saya sarankan sepaya banyak bertanyakan kepada sifu2 yang telah lama berkecimpung dalam arena serama ini..mereka tidak akan lokek dalam membantu kita bagi menghasilkan serama yang berkualiti..rajin2lah melawat reban2 sifu di sekitar malaysia..selamat maju jaya..


Disini merupakan beberapa genetik/baka yang berkualiti sebagai info:
1.husin kijang emas
2.limbat
3.2000
4.6000
5.Robot
6.raja gegar
7.Nik Rashid(geliga)
8.baka mat awang