Wednesday, August 26, 2009

REVOLUSI SERAMA

Dewasa ini kita dapat lihat revolusi serama kian berkembang, ini adalah petanda baik bagi peminat ayam serama di seluruh tanah air. Apa yang dapat dilihat banyak penganjuran dari  pelbagai pihak terutamanya badan NGO..alhamdulillah, kita dapat semula kegemilangan serama yang sudah hilang sejak 10 tahun dahulu. Tetapi apa yang merisaukan, adakah arena serama ini akan kembali mundur seperti jejak2 terdahulu?? Persoalan yang bermain di fikiran, bagaimanakah caranya untuk memastikan arena ini terus berkembang seiring peredaran masa? Jawapanya mudah sahaja, pengadilan yang telus dan adil merupakan aspek dan faktor yang penting sebagai peranan utama serama. Cuba fikirkan, jika pengadil tidak adil menjalankan kerjanya, sudah pasti banyak pihak yang merungut dan mempertikaikanya. Lantaran itu peminat2 serama yang baru berkecimpung seperti kita akan putus harapan dalam arena serama ini. Selain itu juga, penternak2 serama yang ingin menjual produk mereka haruslah jujur dalam urusan jual beli..Bukankah Islam mengajar kita apa itu erti perniagaan?? Jika penipuan berlaku dalam urusan jual beli, dan duit hasil daripada jual beli itu digunapakai bagai menyara keluarga, Adakah itu sesuatu yang dituntut oleh islam?? Apa akan jadi kepada kita jika memakan duit yang tidak diredhai oleh Allah S.W.T?? sebagai contoh, jika peminat serama yang baru seperti saya ingin membeli serama di rumah seorang penternak, dan penternak itu mengatakan bahawa produk ini hasil dari bapak ini dan ibu ini, walhal ianya bukan seperti itu, tidak kah kasihan kepada diri saya?? cuba fikirkan inilah yang berlaku dalam dunia serama, adakah anda mahu arena ini malap semula seperti dahulu?? faktor2 inilah yang menyebabkan serama mundur dan peminat terus meninggalkan dunia serama buat selama lamanya..

coretan buat Ramadhan yang mulia ini.....

2 comments:

  1. SP tgk bank rakyat suka buat event memancing,SU pi la bodek manatau bank rakyat buat tanding serama plak ke

    ReplyDelete
  2. betul gak tu dh byk pertandingan memancing paper pun asyik wat yg sama...sekali skala serama la pulak

    ReplyDelete